Thursday, January 19, 2012

Kampung Hutan Temin Guesthouse (KTHB)

Pondok wakaf tradisional untuk tetamu berehat menikmati angin petang

Kemudahan terbaru- kolam renang dan pondok wakaf tradisional


 Rumah kayu yang dicantikkan dengan warna cat dan lampu unik sesuai untuk dijadikan rumah persinggahan bagi mereka yang belum pernah tinggal di rumah kayu seperti di kampung. Suasana kampung dan berdekatan dengan sawah padi merupakan kelebihan kepada tetamu rumah ini. Terdapat kedai runcit dan kedai makan yang menjual laksa, mee rebus dan bihun sup berdekatan dengannya.

Lokasinya juga strategik, iaitu di belakang Nat Mata Ayer, dekat dengan restoran terkenal Pokok Sawa, berdekatan dengan Uitm Arau, Pusat Matrikulasi, IPG Kangar, Kolej jururawat Murni, Unimap dll. Hanya 15 minit ke bandar Kangar, 10 minit ke Arau, 30 minit ke Padang Besar dan 20 minit ke Kuala Perlis. 5 minit ke pusat rekreasi Tasik Melati.

Lagi tempat yang menarik di Perlis
Kemudahan: 3 buah bilik (2 buah berhawa dingin) yang terdiri daripada 7 buah katil bujang, toto disediakan. 2 buah bilik air. Ada mesin basuh automatik, kettle, iron, TV dll
Kadar sewa hanya: RM60 - RM140(maksima) semalam

RM60 - 1 bilik biasa tingkat bawah sahaja + ruang tamu & dapur.
Sewa bulanan tidak melebihi 3 bulan : RM1500 sebulan

Pandangan depan

Suasana depan rumah
Ruang dapur dan tangga naik ke atas


Bilik 1 aras bawah

Ruang tamu tingkat atas

Bilik 2 tingkat atas (berhawa dingin)


Bilik 3 tingkat atas (berhawa dingin)

Ruang tamu berkonsepkan English deco.
Dapur dihiasi dengan jubin bercirikan folk-art

'key-box' di depan rumah bercorak vintage

Mesin basuh dan 2 buah bilik air


9 comments:

  1. Saya nak booking utk 7-9 okt 2011, ade lagi ke kekosongan?

    ReplyDelete
  2. Ya, masih ada kosong, tolong tel kat 019-4477475, terima kasih

    ReplyDelete
  3. jika saya menginap disini, berapa jauh dengan taman anggur dan penternakan burung unta?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Fareq, jauhnya ke Taman Anggur Perlis ialah lebih kurang 20 km, ladang burung unta pula lebih kurang 35 km, tuan boleh bertanyakan soalan melalui shout box kat sebelah kiri laman blog ni...

    ReplyDelete
  5. dari chalet ni, ada view sawah dan gunung x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kayuh basikal sikit, dalam 100 meter dah boleh nampak sawah berlatarkan banjaran Nakawan

      Delete
  6. assalam
    ada kekosongan tak homestay ni pada tarikh 27.9.2012 - 30.9.2012?

    ReplyDelete
  7. Bp jauh ke penjara Perlis?

    ReplyDelete
  8. Dekat jer, tak sampai 10 minit & tiada jam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...