Wednesday, August 31, 2011

Masjid Alwi, Kangar - Warisan Negeri

Masjid Alwi, Kangar adalah antara masjid tertua di negeri Perlis dan baru2 ini telah dibaik pulih dan ditambah dengan kemudahan hawa dingin. Terletak di tengah2 bandar Kangar, ia amat strategik dan mudah di cari oleh pengunjung ke Perlis yang datang dari arah highway PLUS Jitra/ Changlun yang keluar melalui Arau dan terus ke Kangar.

Masjid Alwi menjadi medan dakwah bagi tokoh2 agama negeri seperti SS Mufti dan pendakwah2 aliran Salaf. Masjid ini juga mesra Jemaah Tabligh, pengunjung boleh berinteraksi dengan jemaah tabligh di bahagian ruang masjid lama di sebelah pintu selatan masjid.

Masjid ini sangat meriah ketika kedatangan Ramadhan. Pengunjung boleh saksikan amalan sunnah dipraktikkan, iaitu tiada selawat antara solat trawikh (amalan seperti di tempat asal agama diturunkan iaitu Mekah dan Madinah), qiamulail dan iktikaf di akhir 10 hari bulan Ramadhan dengan dihadiri oleh jemaah dan alim ulama.

Jika pengunjung tercari2 amalan yang dikatakan berlawanan dengan amalan di masjid negeri2 lain di Semenanjung Malaysia, datang dan solat lah di sini, anda akan dapati, tiadanya bacaan doa secara beramai2, tiadanya doa qunut subuh (kecuali doa qunut nazilah), tiadanya 'majlis tahlil arwah' dll.

Jika anda mencari sebuah masjid lama dan hendak merasai suasana ketenangan beribadah di dalamnya, anda boleh cuba di sini dan anda boleh rasakannya sendiri.

Satu lagi perbezaan masjid di Perlis berbanding di Kedah ialah, tiadanya kolah/ takungan air untuk berwuduk. Air wuduk semuanya dari paip pili.




Selamat Berkunjung dan Beribadah di Perlis





Pandangan Masjid Alwi ketika Ramadhan, disediakan khemah untuk menampung jemaah yang ramai.





Tugu pengenalan






Sedikit maklumat tentang sejarah pembinaan masjid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...