Tuesday, November 22, 2011

Keunikan Hutan Monsun Tropika di Perlis di FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit

FRIM Mata Ayer boleh menjadi suatu sebab untuk datang ke Perlis. Apa yang pengunjung boleh buat di sini? FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit, menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan hampir 100 orang pada satu2 masa. Terdapat juga 2 buah rumah tetamu yang disediakan, berbentuk Kabin Log dan rumah kayu 5 bilik.

Pengunjung juga boleh membeli anak2 pokok (terutamanya pokok balak seperti Jati, Khaya, Meranti Perlis dll). Terdapat beberapa keunikan tentang pusat penyelidikan hutan ini. Antaranya ialah di sini terdapat pokok Jati yang tertua di Semenanjung Malaysia dan sejarah penanaman pokok Pine dari kepulauan Caribean. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawat laman web FRIM di sini, atau klik kat laman web terbaru kami http://home-stayperlis.blogspot.com/

Pintu masuk ke FRIM Mata Ayer, kaki Bukit, Perlis. Anda dapat lihat pokok jati yang tertua di semenanjung Malaysia, umurnya sekitar 58 tahun (2011)

Antara batch pertama pelajar sekolah yang mengadakan aktiviti perkhemahan di FRIM Mata Ayer ini.

Kemudahan bilik air dan pantri memasak disediakan di tapak perkhemahan yang baru dibuka November 2011

'Log Cabin' yang unik, membawa pengunjung merasai suasana alam. Dinding kabin dihiasi dengan kayu jati yang ditanam di sini. Harga semalam baru RM 90 je...

Keadaan bilik dalam guesthouse yang disediakan, harga hanya RM 60 sebilik, semuanya ada 5 bilik berhawa dingin.

Pokok Eucalyptus (kayu putih) menjadi keunikan di sini, tak sangka ya boleh hidup kat sini. Daun2nya yang kering dan gugur mengeluarkan bau minyak cap kapak...


Jambatan gantung untuk para pegawai penyelidik mengkaji pokok2 balak yang besar dan tinggi di sini. Pengunjung juga dibenarkan untuk menaikinya dengan kebenaran Pengarah FRIM Mata Ayer.

Cicak Tokek juga ada, sengaja dibiarkan berkeliaran di kawasan penyelidikan FRIM ini.

Pokok Pine yang dibawa masuk dari Honduras ini telah ditanam sejak 1974, kirakan umurnya.

Anak benih pokok ada dijual, ni anak benih pokok Khaya, sejenis Balak yang sesuai dibuat perabut, gambar pokok khaya yang berumur 10 tahun (cari di blog ini)

Plot pokok balak jenis Merawan Siput Jantan

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Perlis di talian 604-9456235 atau faks: 604-9456915.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...