Tuesday, April 10, 2012

Langkawi - transit di Perlis

Dari Perlis ke Pulau Lagenda Langkawi, Kedah hanya mengambil masa dalam 50 minit sahaja dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis.
Untuk lebih menjimatkan, anda boleh transit di Perlis semalam sebelum bertolak ke Pulau Langkawi pada awal pagi. Di Langkawi, terutamanya di terminal feri Pekan Kuah terdapat banyak kereta sewa atau van sewa yang boleh disewa untuk perjalanan pusing ke Langkawi selama sehari, termasuk menaiki kereta kabel di gunung Mat Cincang.

Selepas itu anda boleh menaiki feri terakhir dari Jeti Kuah pada jam 7 malam, pastikan anda tidak terlepas. Tetapi jangan bimbang, banyak hotel yang anda boleh bermalam, tetapi pastikan perjalanan anda bukan pada waktu cuti sekolah- dibimbangi hotel dan homestay penuh jika anda tidak membuat tempahan awal di Langkawi. 
Terminal Feri Kuah, Langkawi, Kedah.
Apabila tiba di Kuala Perlis, anda boleh bermalam sekali lagi sebelum memulakan perjalanan pulang pada awal pagi dengan keadaan lebih segar dan selesa.

Adalah lebih selamat dan menjimatkan wang negara untuk melancong di dalam negeri berbanding melancong ke tempat bom kereta- Hatyai, Thailand.
Mercu tanda Langkawi, berhala burung helang....

Terminal feri Kuala Perlis

Suasana dalam feri

Tempat letak kereta di Kuala Perlis, paling dekat dengan terminal feri Kuala Perlis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...