Tuesday, April 10, 2012

Melancong ke Hatyai pasca bom 31 Mac 2012

Kejadian yang mengejutkan seluruh dunia pada 31 Mac 2012 di Hotel Lee Gardens Plaza Hotel sangat memberi kesan kepada aktiviti Pelancongan di Thailand. Mungkin ini merupakan mesej dari Pihak Pembebasan Patani PULO supaya rakyat Malaysia yang berduyun ke Hatyai pada hujung minggu atau cuti umum supaya menjauhi bandaraya tersebut buat sementara waktu.

Kami boleh cadangkan cara melancong yang selamat ke Hatyai. Salah satunya ialah dengan menjadikan Perlis, sebagai transit. Anda boleh melancong pada waktu siang tetapi bermalam di Perlis atau bandar sempadan seperti Jitra atau Changlun, Kedah. Tempoh perjalanan ke Hatyai tidak lebih daripada 50 minit daripada Negeri Perlis atau bandar2 sempadan.


Semasa melancong ke sana untuk membeli belah, elakkan daripada berada dekat dengan pihak keselamatan Thai, ini adalah kerana kebanyakannya serangan hanya ditujukan kepada pasukan keselamatan.

Elakkan juga daripada berada di tempat tumpuan ramai atau di tempat parkir kompleks membeli belah yang mewah seperti Big C, Tesco Lotus atau tempat parkir hotel2 mewah.

Kalau hendak penginapan yang selamat, carilah hotel2 kecil tidak lebih daripada 5 tingkat yang berada di pinggiran bandaraya Hatyai, lebih murah dan selamat daripada serangan yang berimpak tinggi.


Ini hanyalah cadangan berdasarkan pengalaman kami ke sana... kami tidak bertanggungjawab keatas apa2 kerugian atau kecederaan akibat daripada menggunakan tips melancong kami. Selamat bercuti.
Contoh hotel di pinggir bandar, Nana Hotel & Resort

gerai jualan buah-buahan di Hatyai, elakkan daripada berada dekat dengan pasukan keselamatan Thai.

Padang Besar, Perlis, suasana bandar sempadan waktu awal pagi.


Semoga selamat melancong ke Hatyai, Thailand.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...