Friday, March 1, 2013

Mangga Harum Manis- keunikan hasil bumi Perlis

Mangga Harum Manis merupakan ikon kepada Perlis. Ini adalah kerana pokok mangga ini sesuai dan subur di sekitar Perlis tengah sehingga ke utara sahaja. Ianya banyak ditanam di Kelubi, Berseri (Perlis Tengah)



Kali ini kami ingin perkenalkan PAS (Perusahaan Abdullah Sekeluarga). Pusat jualan yang terletak di tepi sungai Santan melalui jalan Santan ini adalah sebuah pusat yang merawat dan menjual buah2 mangga mengikut piawaian Jabatan Pertanian Perlis dan FAMA. Kualiti di pusat jualan ini terjamin insyaAllah. Sebelum datang ke Perlis untuk tujuan membeli mangga harum manis ini, sila lah hubungi PAS dahulu untuk membuat tempahan (penjualannya mengikut batch buah yang diproses. No telefonnya ada dalam gambar di bawah:-

Jalan masuk ke pusat jualan, betul2 di tepi sungai Santan.

Banner pun ada...

Pengunjung dari Kajang, Selangor

Model sambilan- posing dengan mangga Harum Manis gred B (Gred A dah abis)

Kotak packing tertera nama pengusaha PAS (Perusahaan Abdullah Sekeluarga)

Ni lah rupa mangga nya- tetapi sekarang dah ada mangga harum manis Hibrid- Isi warna Oren dan bau pun lagi kuat - boleh cuba tanya PAS atau Jabatan Pertanian Perlis.


Sebelum nak datang atau teringin nak beli & merasa- tolong telefon nombor ni untuk tempahan- kalau tak- jangan harap nak dapat buah yang elok dan standard- buah mangga harum manis yang kat tepi jalan- silap2 hari bulan kena sembelih atau buah rosak atau kena tipu atau buah yang dicuri dari kebun2 sekitar Perlis- berhati2 dengan gerai jualan kat tepi jalan!!!

Salah seorang staf Pakcik Abdullah.
KATEGORI:- MEMPELAM/ MANGGA HARUM MANIS PERLIS

2 comments:

  1. itu anakanda beliau a.k.a my aunt :D good effort btw thanx for promoting :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...