Tuesday, December 10, 2013

Perkhidmatan Pengangkutan terus dari Kuala Lumpur

Mata Ayer Agri Ent. kini telah bekerjasama dengan En. Syed dari Kuala Selangor untuk menyediakan pengangkutan van yang boleh memuatkan 9 orang dengan harga RM500/ 12 jam (2013). Perkhidmatan ini adalah termasuk pemandu dan bahan api (tak termasuk tol).

Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini terutamanya pelajar (UiTM Arau, Politeknik Pauh, IPG Kangar, Pusat Matrikulasi Arau dll) yang ingin pulang atau ibu bapa yang ingin menziarahi anak2 mereka di sini (terutamanya untuk berbuka puasa bersama anak2 mereka di sini) bolehlah hubungi En Syed di nombor 019-2056796 / 019-3221135 (Pauzi)

Tuan Syed juga menyediakan pakej pelancongan ke Perlis daripada Kuala Lumpur (3 hari 2 malam) untuk tidak lebih 9 orang RM1,900.00 - perjalanan dan penginapan (di rumah tetamu 3 bilik atau setara) sahaja.

Lawatan (pilihan bergantung kepada masa):
1. Shopping di Padang Besar.
2. Shopping Wang Kelian (Sabtu dan Ahad)
3. Berkelah di Gua Kelam
4. Makan ikan bakar di Kuala Perlis
5. Lawatan ke Taman Anggur, Taman Herba, Taman Ular
6. Lawatan ke Muzium Padi di Kedah 
7. Melancong (sehari) ke Langkawi (penghantaran ke Jeti Kuala Perlis sahaja)

En Syed juga sudah beberapa kali membawa pengunjung ke rangkaian Mata Ayer Agri Ent.


Van berposing di depan KTH Cottage


Van yang cukup selesa dan luas untuk perjalanan yang jauh.
Kategori: Links

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...