Wednesday, August 15, 2012

Suasana Ramadhan 1433 di Mata Ayer, Perlis

Promosi Ramadhan untuk harga diskaun terhebat menginap di homestay2 terpilih telah tamat pada 16 Ogos 2012. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tetamu2 yang menginap sempena promosi tersebut. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Masih belum terlambat, untuk kami paparkan suasana ramadhan di Pekan Mata Ayer. Berikut adalah gambar2nya, dan jangan lupa untuk gambar keunikan sesebuah pasar ramadhan yang sempat kami rakamkan....


Air buah2an, abang ni tak sempat nak 'blend' buah..

Ais kacang abang ni memang special... macam2 bahan dia masukkan

Yang ni kreatif, copy terus stail jualan buah2an masam dari Siam, buah limau bali, mangga muda dan nenas.

Pasar Ramadhan diadakan di perkarangan Arked niaga MARA, Mata Ayer

Kat sini ada kedai Fotostat, Farmasi, Butik, Restoran dll.
Kalau di Jitra, 2 ekor ikan kembung bakar = RM1.00, di Beseri, 3 ekor= RM2.00, murah lagi di sini.

Ni lah yang unik kat Pasar Ramadhan Mata Ayer, Restoran Nasi Kandar Pokok Petai pun buka gerai kat sini...


Suasana pekan Mata Ayer (atau lebih dikenali dengan Pekan Pokok Petai di kalangan penduduk tempatan) ketika Ramadhan

Iftar Ramdhan di Masjid As-Syakirin, Oran, Mata Ayer.

Ceramah selepas solat Teraweh di Masjid As-Syakirin, Oran oleh Dr. Abd Nasir dari UiTM, Arau pada malam 27 Ramadhan. Masjid juga menganjurkan Qiamulail dengan solat sunat tasbih pada jam 4:15 pagi dan bersahur di masjid.. Homestay terdekat dengan masjid ini - KTH dan KKH
"Semoga amalan anda dan amalan kami diterima Allah SWT."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...