Tuesday, September 11, 2012

Chalet D'Solo, Mata Ayer, yang patut dicuba.



Chalet D'Solo diusahakan oleh En. Azmi bin Jamil di Mata Ayer. Chalet ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Majlis Konvokesyen UNIMAP untuk menerima tetamu pertamanya iaitu pada 25 September 2012. Mengambil nama sempena bandar kelahiran Isteri beliau, Surakarta atau kini lebih dikenali sebagai Solo di Jawa Tengah, Indonesia. En Azmi seorang yang suka mengembara ke seluruh dunia. Pengalaman beliau yang luas cuba diterjemahkan dalam binaan chalet beliau.

Chalet ini dibina di kawasan 'stable' untuk 3 ekor kuda peliharaan beliau. Pengunjung boleh menikmati suasana sawah padi di sekilingnya yang berlatarkan Banjaran Nakawan yang memisahkan Perlis dan Thailand. Rumah beliau juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'.

Untuk September dan Oktober 2012 ini, tuan rumah menawarkan harga promosi pada RM99 sahaja- untuk konvokesyen UNIMAP 2012- 2 unit chalet ini masih kosong pada tarikh 26-28 September ini.

Harga yang ditawarkan ialah RM120 semalam. Terdapat 2 unit chalet yang dibina buat masa sekarang dan En. Azmi mempunyai banyak lagi rancangan pada masa depan untuk membina lebih banyak lagi kemudahan kepada tetamu. 
Kedudukan Chalet D'Solo daripada jalan besar - Jejawi- Dato Kayaman (Chalet sebelah kiri gambar)
Laluan masuk ke Chalet- rumah tuan rumah yang berbumbug kelabu


'Horse Shed' dan 'Horse Stable' kat belakang chalet tersebut


Bilik yang luas

Bahagian depan Chalet Solo

Penggunaan lampu kuning membuatkan Chalet Solo ini kelihatan seperti sebuah permata di tengah sawah jika dilihat daripada jalan besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...