Monday, September 24, 2012

Homestay D'Ngulang, Mata Ayer


Homestay D'Ngulang ialah sebuah banglo yang terletak ditepi jalan dan bersebelahan bengkel mencanting batik di Kg Perawah, Mata Ayer.

Homestay ini terdiri daripada 3 bilik dengan sebuah bilik berhawa dingin.Keunikan homestay ini ialah, pemiliknya adalah seorang yang mahir dalam hiasan laman. Ini boleh dilihat di laman homestay ini yang dibina dengan sentuhan profesional.

Harga yang ditawarkan ialah RM200 semalam dengan kelebihan kawasan parking yang luas dan mudah dicari.

Panduian ke sini dari Bandar Arau- ambil jalan dari Arau ke Kangar, selepas anda melewati SMK Syed Sirajuddin, anda akan bertemu dengan 2 persimpangan lampu trafik, belok ke kiri selepas persimpanagan trafik ke-2 tersebut ke Jejawi dalam. Selepas lebih kurang 3 km dan melepasi chalet D'Solo, anda akan bertemu dengan simpang 4 Ngulang, selepas kira2 100 meter dari simpat empat Ngulang, akan kelihatan Homestay D'Ngulang di sebelah kiri.


Kedudukan betul-betul di tepi jalan Jejawi- Perawah



Porch homestay dan taman mini yang cantik




Bahagian ruang makan dan kabinet dapur


Sebuah gazebo untuk menikmati susana ketenangan di kampung juga disediakan

Ruang tamu yang sangat luas dan sofa.

Bilik yang bagaikan bilik pengantin.

Bilik dengan katil single juga disediakan



Bengkel mencanting batik kelihatan dari homestay

Pintu sliding di sebelah kiri homestay dan sebuah set meja batu disediakan.

Set meja batu yang 'cute'


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...