Saturday, October 20, 2012

Sehari bersama seusia terasa 2012

Pada 6 Oktober 2012 yang lalu, seramai 12 orang pelajar UUM telah menjayakan program 'Sehari bersama seusia terasa' di kawasan sekitar Negeri Perlis. Program ini mendapat sokongan sebahagian kewangannya daripada Mata Ayer Agri Ent., pengendali rangkaian homestayperlis.blogspot.com.

Kumpulan pelajar tersebut dipengerusikan oleh Pn Nozie bt Dali, setiausahanya Alizawati bt Omar dan bendahari Rosshalila bt Rosli.  Ia adalah di kendalikan oleh pelajar Pengajian Luar Kampus UUM Sintok, Kedah untuk memenuhi kursus Ko-K ' Pembangunan Masyarakat' di bawah seliaan Dr. Fauzi bin Hussein.

Bagi homestayperlis.blogspot.com, Corporate Social Responsibility (CSR) ini kami tujukan khas buat tetamu2 kami yang sentiasa memberi sokongan dengan menginap di rumah2 tetamu kami di Perlis dan Jitra. Kesudian anda menginap di sini diterjemahkan dengan kerja2 kebajikan dan semoga sama2 kita dapat membantu orang lain lagi selepas ini.

Program ini bertujuan mengenal pasti orang2 yang memerlukan bantuan, mencari penaja dan menyampaikan bantuan kepada mereka.  Berikut gambar2 suasana program tersebut.



Barang2 keperluan untuk disumbangkan




Antara keluarga bangsa Tionghua yang menerima bantuan

Bergambar dengan penerima bantuan.

Sebuah lagi keluarga berbangsa tionghua yang menerima bantuan di Padang Besar

En. Izham menyampaikan bantuan kepada salah seorang keluarga OKU



Bantuan kepada orang2 tua yang tinggal bersendirian.

Bergambar di salah sebuah rumah penerima bantuan

Bertanyakan khabar

Lihatlah rumah penerima bantuan ini, seorang mak cik tua yang menghuni di teratak kayu.


Para peserta program bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga penerima.

Remaja OKU ini membuatkan hati peserta tersentuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...