Saturday, September 7, 2013

Tahniah MATRI atas sambutan Jubli Perak pada 2013 AD


Ma'had Tarbiyyah Al Islamiyyah atau MATRI baru2 ini menyambut Jubli Emas sempena penubuhannya. Mula beroperasi pada tahun 1987, MATRI merupakan satu2nya Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perlis yang paling menonjol dari segi pembangunan dan kejayaan mengeluarkan pelajar2 yang hebat seperti Novelis Hilal Asyraf. Dari sebuah bangunan kecil hasil sumbangan infaq orang ramai, kini MATRI mempunyai hampir 1000 orang pelajar termasuk pelajar dari negara luar seperti Indonesia, Kemboja dan Thailand.

Yuran dikenakan kepada setiap pelajar hanya RM100 sebulan dan yuran asrama / makan sebnayak RM100 juga. Yuran serendah ini membuka peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan di sini. Namun untuk menguruskan sekolah yang sebegini besar dan hebat, pihak MATRI memerlukan sumbangan.

Kepada penderma yang berminat, bolehlah menghubungi YAYASAN MATRI, Kampung Tunjung , 02400, Beseri, Perlis atau En. Alias Long (04-9381155- waktu pejabat)

Kepada pengunjung ke Perlis, anda boleh merasai kelainan dan suasana perkampungan yang tenang di kawasan MATRI. Apa yang uniknya, perkampungan yang agak terpencil 1 km dari jalan besar, dihuni oleh penduduk yang mempunyai fikrah tarbiyah, dan kawasan sekolah yang dikelilingi oleh rumah guru2/ ustaz2. Ini membuatkan ibu bapa tidak bimbangkan keselamatan atau gejala sosial di kalangan pelajar, kerana penduduk sekitar akan menegur. Sistem persekolahan juga unik, yang mana pelajar di disiplinkan dengan waktu membaca Al-Quran dan usrah.

Berikut adalah suasana sambutan Jubli Emas MATRI dan KTH homestay juga menjadi tempat penginapan bagi peserta ekspo Jubli Emas yang merupakan bekas pelajar MATRI dari Thailand dan Selangor.

Suasana dari jalan masuk utama

Stage untuk acara sambutan

Bermula dengan bangunan kayu ini yang kini menjadi surau

Surau kayu yang penuh berkat, boleh memuatkan lebih daripada 1000 jemaah pada satu masa

Kini terdapat blok2 bagunan yang lebih moden hasil sumbangan bekas pelajar

Tapak ekspo di tengah2 kawasan sekolah

Khemah ekspo

Suasana tapak ekspo

Pelajar tingkatan 2 yang berniaga untuk duit kelas sempena ekspo

Papan notis yang tersusun

Buku tentang pengasas MATRI, Almarhum Al-Fadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Mohd Zain, ditulis oleh bekas anak murid beliau sendiri- Hilal Asyraf

2 orang pelajar bergambar di sebelah banting tetamu celebriti yang dijemput khas sempena jubli emas tersebut.

Unsur tarbiyah yang memberi kesedaran kepada pelajar di terapkan di sini

Lagi gerai2 pameran yang di adakan milik individu yang menjadi penyumbang kepada gerakan Jemaah MATRI ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...