Saturday, October 5, 2013

Dari Labis, Johor ke Mata Ayer, Perlis



Alwanis dan Anis Suraya adalah sahabat baik yang telah mengikuti rombongan sekolah mereka ke Perlis. Alwanis, Anis Suraya dan rakan2 sangat teruja untuk melancong ke Perlis pada 4 Oktober 2013, selepas bertungkus-lumus belajar untuk peperiksaan UPSR 2013. Rombongan dari SK LKTP Maokil 1, Labis, Johor telah melancong ke beberapa tempat menarik di Perlis, seperti Taman Ular dan Reptilia, berkelah di Gua Kelam, dan membeli belah di Padang Besar, sebelum berbarbeque di KTHB pada malamnya. Pada ke esokan harinyaCikgu Nazua Azwan, ketua rombongan ini memaklumkan bahawa mereka akan teruskan perjalanan ke Muzium Padi di Alor Setar Kedah sebelum pulang ke Labis, Johor.

Kos penginapan- KTHA(2 bilik) dihuni oleh pelajar perempuan RM100, KTHB (3 bilik) dihuni oleh pelajar lelaki RM140, KTH Cottage Rose, Canna & Mint dihuni oleh 6 orang guru pengiring dan keluarga, RM70 X 3, RM 210, KTH Cottage Lavender dihuni oleh 2 orang pemandu bas RM 70, semua sekali, RM 520.

Makanan; Sarapan RM3, Makan tengahari RM5, Makan malam RM5, Barberque RM10 seorang. hubungi Pn Siti Hajar 013-4887475 (sms). 

Alwanis dan Anis Suraya bergambar di depan KTHA (2 bilik)

Bas rombongan dari Labis, Johor

Meriahnya berbarbeque di laman homestay

Lagi meriah, berendam

Bagi sejuk dulu lepas tu baru makan

Bilik air tambahan untuk pengunjung yang ramai

Pn Siti menyediakan sarapan untuk tetamu dari Labis


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...