Friday, December 27, 2013

Restoran Kuali Hangaaat, Kangar

Restoran ini terletak di jalan Padang Behor Kangar dan berdekatan dengan Restoran Anjung Keli di Behor Pulai. Restoran ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga jam 4 petang setiap hari kecuali hari sabtu dan hari cuti umum.

Keistimewaan restoran ini ialah hidangannya yang sangat banyak dan mempunyai menu kari daging kambing, ayam belanda, ikan puyu dan rusa. Pada setiap hari Jumaat terdapat hidangan percuma bubur pulut hitam dan bubur kacang. Dekorasi restoran ini juga unik dengan berlatarkan wall paper bermotifkan ladang lavender.

Apa yang uniknya lagi ialah lauk pauk yang habis akan sentiasa diganti dengan menu lauk pauk yang berlainan, oleh itu, jika pengunjung yang datang kemudian akan dapat merasai barisan menu lauk yang lain pula. Syabas kepada pengusaha restoran ini.
Papan tanda giant kat tepi jalan dari roundabout besar Kangar
Dekorasi atap rumbia menyambut palanggan

Kari yang dihidangkan di dalam kuali yang menjadikannya Hangaat

Susunan hidangan yang menarik

Dekorasi bungaan Lavender memenuhi dinding tempat sajian lauk pauk

Berbagai jenis sambal dan ulam yang membangkitkan selera

Barisan lauk pauk yang sentiasa bertambah

Antara lauk pauk yang dihidangkan

Kaunter berlatarkan wall paper yang cantik
Susunan lauk pauk yang lapang



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...