Tuesday, January 21, 2014

Musim 'Angin Timur' menjengah Perlis


Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.
Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan ‘musim dingin’ pada sebelah malam.

Lagi artikel tentang winter wind (klik)
Musim 'angin timur' juga membuatkan kebanyakan pokok berbunga dengan lebat
 Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.
Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.

Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.
Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi ‘rasa sejuk’ penduduk negeri tersebut.

Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.
Deretan bunga 'sunflower' menghiasi jalan masuk ke KTH homestay
Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak ‘memasak’ telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.
Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.
Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.
Sumber: Republic of Anak Perlis – Roapers
Ada juga rakan kami memberitahu bahawa suhu di sekitar negeri Utara seperti Kedah dan Perlis memang mengalami cuaca sejuk yang agak luar biasa, jika tahun-tahun sebelum ini, negeri-negeri di Utara sememangnya suhu di awal tahun amatlah panas dan kemarau sering kali berlaku pada awal tahun.

Berlainan pula dengan peralihan cuaca yang berlaku pada tahun ini, suhu sejuk yang luarbiasa ini berlaku pada waktu malam, dan ia dapat rasakan seperti suhu apabila kita berada di kawasan tanah tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...