Saturday, April 19, 2014

Musim mempelam Harumanis April- Mei

Selepas musim kemarau yang panjang dan perit melanda Perlis, Alhamdulillah, buah mangga harum manis menjadi dengan baik pada tahun ini. Karnival Harumanis juga akan diadakan pada 22 - 23 Mei 2014 mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam di perkarangan C-Mart, Arau, Perlis. Pelbagai acara diadakan sempena dengan Karnival tersebut. Jangan lepaskan peluang ini.

Raudhah menikmati mangga harumanis

Salah satu tempat pemprosesan mangga harumanis di Sungai Serai

Pengredan, timbang dan melekatkan label

Kotak2 tersusun berisi Harumanis

Harumanis yang sedia untuk disusun ke dalam kotak

Label berjenama Y.A atau Yusuf Awang

Beranda rumah pengusaha Harumanis, En Asri bin Yusuf, tempat pengunjung dihidangkan juadah pulut Harumanis

Phamplet pakej tawaran nilai tambah untuk pengunjung membeli buah Harumanis
Sila klik gambar untuk maklumat. Pengunjung ditawarkan pakej lawatan ke ladang dengan bayaran berpatutan, jumlah minima pengunjung sekurang-kurangnya 30 orang bagi setiap lawatan



En. Asri Yusuf bersedia untuk memenuhi hasrat pengunjung ke Perlis menikmati Harumanis, beliau boleh dihubungi di 0134912100.
Buah2 Harumanis yang bagaikan emas- sebiji berharga lebih kurang RM9- mengalahkan anggur seedless S.A.

Kotak2 Harumanis (keluaran Unit Perladangan UiTM, Arau) yang dibeli salah seorang tetamu KTH Cottage Canna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...