Restoran ini asalnya sebuah rumah teres 'corner lot' dan didekorasikan dengan sebegitu rupa membuatkan ramai pelanggannya terpegun bila menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan kos renovasi sahaja mencecah RM100k.Jika tuan puan berkunjung ke sana pastikan anda
naik ke atas untuk menikmati keindahan dan ke kreatifan pemiliknya menghiasi restoran ini.

Siling di hiasi dengan kain berdekorasi batik menutupi atap rumbia
Lantai kaki lima di tingkat dua restoran, ditanam dengan rumput karpet.
Shofiyah Raudhah seronok bermain di beranda (verandah) yang diletakkan 'meja Jepun' untuk pengunjung menikmati hidangan.Bagaimana nak ke sana:-
Kedudukan restoran ' D' Dapur Ibuku' ini ialah bersebelahan dengan bangunan JKR Kangar, berhampiran highway Changlun Kuala Perlis, dari Kangar ke Utan Aji.
Masa yang sesuai untuk melihat lampu hiasan dan menikmati keindahan dekorasinya ialah pada sebelah malam. Tetapi pastikan anda sampai awal untuk mendapat tempat di tingkat atas.






Taklimat gerak kerja Skuad Prihatin ABIM di ruang tamu Mata Ayer Homestay sebelum bergerak ke lapangan.
Sukarelawan ABIM terdiri dari pelajar kolej, bermalam di KTHA. Suasana pagi sebelum bertolak ke lapangan.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan ABIM di kawasan penempatan banjir.
KTHB juga tidak ketinggalan dalam Corporate Social Responsibility (CSR)nya. Unit ini menempatkan sebuah keluarga iaitu Cikgu Padilah dari SMK Perlis yang rumah beliau di Taman Perlis ditenggelami banjir. Caj yang dikenakan adalah pada harga diskaun.