Monday, December 21, 2009

APA YANG MENARIK DI MATA AYER...


Nat Mata Ayer atau pasar minggu di Mata Ayer adalah antara pasar yang tertua diwujudkan di negeri Perlis. Ia telah beberapa kali berubah tempat sesuai dengan keadaan semasa.
Pasar ini beroperasi pada setiap pagi hari ahad sahaja. Di pasar ini boleh didapati beberapa hidangan istimewa daripada orang Mata Ayer sendiri.
Contohnya bihun sup Pak Hj Hasyim, bihun supnya sangat unik dan beliau telah berniaga di situ sejak 70an lagi. Begitu juga dengan sebuah gerai kopi yang mula2 dahulu hanya menggunakan dapur kayu untuk memanaskan air. Sejak bangunan baru di bina pada tahun 2007, beliau terpaksa menggunakan dapur gas kerana diminta oleh pihak pengurusan.


Bahagian depan nat, sebelah kanan ada dijual parang, golok, mata cangkul dan lain2 lagi. Yang uniknya barangan logam yang dijual ada yang ditempa sendiri atau seperti mata cangkul yang baik, yang mana ia diperbuat daripada piring plough traktor dan penjual biasanya perolehi hasil kerja logam ini daripada Thailand.
Mee rebus dan pasembur Din juga tidak kurang hebatnya. Beliau telah warisi gerai pasembur tersebut dari arwah bapanya, yang penduduk kampung lebih kenali sebagai Pak Mat Miru. Kini Din bersama adiknya Rakhib, mempunyai dua gerai di laluan berbeza di pasar minggu tersebut. Adik beliau menjual pulut ayam, hmm.... boleh terliur kalau tengok beliau goreng....

Pasar ikan terletak di bahagian belakang. Kalau anda bernasib baik boleh mendengar pantun spontan dari Pak Ya Ikan, orang Kg Hutan Temin, Mata Ayer. Kalau datang awal ke sini, mungkin anda boleh bertemu dengan belangkas, siput 'mentarang' dan lain2 hidupan laut yang biasa menjadi hidangan orang Perlis dijual disini.



DIBAWAH, suasana pagi di pekan Mata Ayer, atau lebih dikenali pekan Pokok Petai oleh penduduk setempat.

Sebelah kiri ialah gerai pemborong sayur2an milik Sdr. Abd Malek Yusuf

Kedai menjual ikan segar dan gerai ayam arwah Pak Halid, kini diuruskan oleh anak beliau, Sdr. Hafiz dan adiknya.

Kedai bumbung biru, ialah kedai borong barangan runcit. Murahnya mengalahkan kedai borong di pekan Kangar.



Suasana pagi di Homestay, kelihatan tetamu, dari Perak DR, yang datang untuk satu majlis kenduri di Kangar.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews