Sunday, December 12, 2010

Wow hebat!

Restoran ini asalnya sebuah rumah teres 'corner lot' dan didekorasikan dengan sebegitu rupa membuatkan ramai pelanggannya terpegun bila menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan kos renovasi sahaja mencecah RM100k.

Jika tuan puan berkunjung ke sana pastikan anda
naik ke atas untuk menikmati keindahan dan ke kreatifan pemiliknya menghiasi restoran ini.


Siling di hiasi dengan kain berdekorasi batik menutupi atap rumbia

Lantai kaki lima di tingkat dua restoran, ditanam dengan rumput karpet.

Shofiyah Raudhah seronok bermain di beranda (verandah) yang diletakkan 'meja Jepun' untuk pengunjung menikmati hidangan.

Pintu depan yang penuh dengan lampu hiasan
Bagaimana nak ke sana:-
Kedudukan restoran ' D' Dapur Ibuku' ini ialah bersebelahan dengan bangunan JKR Kangar, berhampiran highway Changlun Kuala Perlis, dari Kangar ke Utan Aji.
Masa yang sesuai untuk melihat lampu hiasan dan menikmati keindahan dekorasinya ialah pada sebelah malam. Tetapi pastikan anda sampai awal untuk mendapat tempat di tingkat atas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews