Saturday, October 31, 2009

MENGAIL PUYU DI HOMESTAY MATA AYER (JUN-NOVEMBER)

Gambar2 yang dirakamkan adalah suasana waktu petang (Oktober) di kawasan sekitar Homestay Mata Ayer. Ikan2 liar yang boleh dikail ialah, kebanyakannya 'puyu', 'haruan' dan 'keli', namun kalau tak bernasib baik, ikan 'temekong' (ikan duri), tetapi dapat juga merasai keseronokan direntap ikan.




























Ketibaan musim hujan dan musim padi membesar sangat ditunggu-tunggu oleh kaki pancing.

Biasanya pada bulan Oktober sehingga pertengahan Disember setiap tahun. Pada ketika ini, musim hujan tengkujuh tiba, dan ikan mula membesar di sawah2 padi.

Mulai bulan Jun, ikan2 boleh dipancing, namun ianya tidaklah semeriah seperti di bulan Oktober sehingga Disember. Pada bulan Januari sehingga April, sawah2 di sekitar homestay Mata Ayer, mulai kering. Ini adalah baik untuk pesawah2 untuk menguruskan sawah mereka sebelum kedatangan musim hujan.

Kini, sistem perparitan di hadapan Homestay telah dibesarkan oleh pihak JPS untuk mempercepatkan lagi air dari sawah2 berhampiran mudah dialirkan keluar ke terusan yang menghubungkan Sungai Tambun Tulang, dan seterusnya ke laut di Kuala Sungai baru.

Wednesday, October 7, 2009

TAMAN MINI



Taman ini baru dalam peringkat permulaan. Terdapat 3 buah kerusi batu dan di tanam dengan rumput karpet dan pokok teh pagar di belakang kerusi batu di tepi parit simen. Jalan tar di depan Homestay sudah dipotong untuk menyalurkan paip air dan kabel elektrik. Lampu hiasan adalah dalam perancangan untuk dipasang nanti.
Di sekeliling tong sampah juga ditanam dengan rumput karpet dan pokok bunga. Nanti jika berkesempatan, akan disiarkan gambar2 di bahagian \2 tersebut, termasuk bahagian belakang homestay yang sudah mula menghijau.

Friday, October 2, 2009

SUASANA RUMAH TERBUKA DI HOMESTAY MATA AYER







Hari terbuka Homestay Mata Ayer berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. tetamu2 yang hadir di hidangkan dengan menu nasi berempah dengan lauk istimewa, kari daging rusa. Daging rusa mempunyai tekstur yang lembuit dan sedap dimakan. Daging rusa yang dihidangkan diperolehi daripada Kedai Cikgu Cha di belakang SK Oran/ atau dibelakang Pasar sehari Mata Ayer (nat Mata Ayer). Kedai tersebut menjadi ejen menjual daging rusa yang diternak di Gerik, Perak.



Rumah terbuka kali ini menerima tetamu dari segenap lapisan dan bangsa. Bagi Alumni SAS 87-91, ia merupakan detik mengembirakan bagi Johanis, Lazman Halim (dari Johor) dan Mohd. Asri apabila dapat bertemu dalam majlis reunion yang tidak formal untuk kawasan utara. Kehadiran Zunnasri juga memeriahkan suasana apabila keempat2 mereka merupakan lepasan graduan UUM konvo 98.

Pada malam tersebut pula, Sdr. Muhammad Shahar dan Mohd Rushdi tiba dengan keluarga masing2. Majlis bersurai kira2 jam 11 malam dengan penuh kemeriahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews