Wednesday, December 30, 2009

Anggur JPS Perlis (Feb -Mei)






Sila klik di peta untuk kedudukan yang lebih jelas antara Mata Ayer Homestay dengan ladang anggur JPS.

Lawatan ke kebun anggur milik persendirian sila hubungi En. Hafiz 012-5338351, di sana anda boleh beli benih, dan jika bernasib baik, anda juga berpeluang untuk merasai buah anggur ditanam beliau.

Untuk lawatan ke ladang anggur JPS, sila hubungi En. Roslan di alamat berikut:-

BLok B, Tingkat 2 & 3,
Bangunan Dato' Mahmud Mat
01000 Kangar,
Perlis Malaysia
Tel: 04-9761957 Fax: 04-9761380 04-9766553

Tuesday, December 29, 2009

Restoran Pokok Sawa, hidangan tengah hari yang popular di Perlis


Apa yang menarik tentang restoran ini?
Pada asalnya ia sebuah restoran kecil dibawah sepohon ciku (sawa) yang di usahakan oleh Allahyarhamah Kak Norma dan dibantu promosi oleh salah seorang pekerjanya, juga Allahyarham Pak Man Q.

Restoran ini hanya menyediakan hidangan tengah hari, dan ditutup pada hari Jumaat. Di belakang restoran ini, terletaknya rumah yang juga merupakan pusat pengajian Sunnah (atau kononnya Wahabi) suatu ketika dahulu. Pusat pengajian ini merupakan rumah Tuan Guru Sheikh Noor As-Sururi, antara tokoh yang mula2 bergiat menghapuskan amalan2 yang tiada asas nas dan dalil dalam Islam di negeri Perlis ini. Kini setelah kematian beliau, gerakan yang dipelopori beliau sudah mulai dikenali di peringkat nasional dan mendapat perhatian banyak pihak dalam negara ini kini. Pernah Ustaz Hussein Yee beberapa kali dijemput memberi kuliah di sini (pengurus blog masih ingat, mendengar kuliah ustaz Hussein Yee di atas motosikal). Kuliah pengajian selalunya dibuat pada pagi jumaat setiap minggu.

Kini Ustaz Hussein Yee tidak dapat muncul dalam media elektronik negara kerana beliau juga dituduh Wahabi, namun beliau masih giat menjalankan usaha dakwah di seluruh dunia. Kuliah beliau boleh didapati dalam TVIslam dan boleh ditonton ketika tuan/puan mengerjakan haji di Haramain, Saudi. Itulah antara cabaran berdakwah di Malaysia, selagi para agamawan dikuasai oleh yang bukan ahlinya.

Sedikit catatan tentang tokoh sunnah Perlis:-
Syeikh Noor As-Sururi mendidik anak muridnya agar tidak bertaklid kepadanya tetapi berusaha memahami dalil atau nash yang diberikan. Lazimnya pada sesuatu masalah agama yang ada perselisihan para ulama ahli sunnah, Syeikh Noor akan menjelaskan satu demi satu sebab perselisihan itu lalu beliau memberi tahu sebab yang beliau berpendirian dengan salah satu pendapat serta apakah dalil-dalil yang kukuh yang menyokongnya dan apa sebabnya sesuatu pendapat lainnya menjadi lemah. Semua ini beliau lakukan agar anak muridnya tidak hanya mengikut apa yang di sampai oleh seorang ulama tetapi berusaha untuk memahami permasalahan dengan ilmu bukannya bertaklied. Di dalam mengembangkan perjuangan As-Sunnah walaupun di zaman kegemilangan, di mana telah timbul pengikut As-Sunnah di segenap penjuru negeri Perlis, Syeikh Noor tidak terkecuali menerima cabaran tentangan dari kalangan ‘kaum tua’, dengan menabur berbagai fitnah, cacian dan hinaan. Tempat pengajian As-Sunnahnya berpindah beberapa kali dari Mata Ayer ke Hutan Lembah dan akhirnya beliau menetap di Kampung Kerisik. Di Hutan Lembah beliau menjalankan pengajaran As-Sunnah dengan lebih tersusun dan apabila bertapak di Kampung Kerisik cara pengajarannya lebih bercorak kuliah kerana sambutan terhadap pengajarannya bertambah dari tahun demi tahun pada setiap pagi hari Jumaat hampir seribu anak muridnya berhimpun mendengar kuliahnya. Selain dari tempat yang di sebutkan di atas beliau juga biasa mengajar di Bohor Cicar, Bohor Latih dan Batu 5, Jalan Kuala Perlis. Di waktu itu sesiapa yang ingin mendalami secara lebih terperinci lagi tentang As-Sunnah, hendaklah datang secara bersendiri atau dengan jemaah yang kecil pada hari lainnya.Dari Kangar anak-anak muridnya menaiki bas ke Kampung Kerisik dan apabila sampai ke Kampung Kerisik ada kalanya hanya tinggal pemandu dan penjual tiket bas sahaja kerana yang ramai itu ialah orang yang datang kekelas As-Sunnah di rumah Syeikh Noor As-Sururi.Dua buah bas pada waktu pagi Jumaat itu lazimnya di penuhi oleh sebahagian besar anak muridnya, selain itu ada yang datang dengan kereta dan boleh di lihat deretan kereta yang panjang di sepanjang jalan kerumahnya. Dan di rumah Syeikh Noor inilah tempat pertama bertapaknya Persatuan Al-Islah Negeri Perlis. Beliau biasa di tamatkan tauliah mengajarnya dan perjuangan As-Sunnah yang di kembangkan oleh Syeikh Noor ditentang serta di ragui oleh banyak pihak, antara sebabnya adalah kehalusan cara beliau mengajar atau mengeluarkan nash dan luasnya ilmunya di dalam As-Sunnah. Beliau adalah salah seorang ulama yang paling tinggi pengajiannya di kalangan para ulama As-Sunnah di Perlis pada masa itu, beliau juga adalah seorang mufassirin dan muhadissin. Hasil perkahwinan Syeikh Noor dengan isterinya Fatimah binti Hat telah di kurniakan tiga orang anak; seorang lelaki dan dua orang perempuan. Beliau adalah pengasas Persatuan Al-Islah Negeri Perlis dan sumbangannya di dalam meningkatkan perkembangan As-Sunnah di Perlis merupakan sumbangan yang sangat besar. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1984 pada usia 73 tahun dan di semadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Mengulang, Perlis. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama golongan orang-orang yang soleh. (maklumat lengkap tentang gerakan sunnah di Perlis. klik sini)


Jemputlah ke restoran ini, saksikanlah pengunjung yang sentiasa ramai pada waktu tengah hari, sepertimana ketika dakwah Tuan Guru dahulu. Dan mungkinkah Allah pandang usaha Tuan Guru berdakwah dan tempat ini sentiasa hidup dikunjungi manusia agar usaha dakwahnya tidak dilupai dan diceritakan dari generasi ke generasi.




Bahagian depan restoran dihiasi dengan pokok ciku atau 'sawa'

Kelihatan ramai pengunjung pada pukul 12.30 tengah hari.

Antara hidangan kampung selera negeri Perlis yang menyelerakan.




Barisan sambal dan ulam2an

Jika memandu dari Mata Ayer Homestay, inilah sudut pandangan restorannya.



Tempat letak kereta di sebelah restoran, sentiasa penuh, hanya lengang pada pukul 4 petang.

Monday, December 28, 2009

PETA NEGERI PERLIS (tempat2 menarik)



sila klik di peta untuk imej yang lebih jelas

Monday, December 21, 2009

APA YANG MENARIK DI MATA AYER...


Nat Mata Ayer atau pasar minggu di Mata Ayer adalah antara pasar yang tertua diwujudkan di negeri Perlis. Ia telah beberapa kali berubah tempat sesuai dengan keadaan semasa.
Pasar ini beroperasi pada setiap pagi hari ahad sahaja. Di pasar ini boleh didapati beberapa hidangan istimewa daripada orang Mata Ayer sendiri.
Contohnya bihun sup Pak Hj Hasyim, bihun supnya sangat unik dan beliau telah berniaga di situ sejak 70an lagi. Begitu juga dengan sebuah gerai kopi yang mula2 dahulu hanya menggunakan dapur kayu untuk memanaskan air. Sejak bangunan baru di bina pada tahun 2007, beliau terpaksa menggunakan dapur gas kerana diminta oleh pihak pengurusan.


Bahagian depan nat, sebelah kanan ada dijual parang, golok, mata cangkul dan lain2 lagi. Yang uniknya barangan logam yang dijual ada yang ditempa sendiri atau seperti mata cangkul yang baik, yang mana ia diperbuat daripada piring plough traktor dan penjual biasanya perolehi hasil kerja logam ini daripada Thailand.
Mee rebus dan pasembur Din juga tidak kurang hebatnya. Beliau telah warisi gerai pasembur tersebut dari arwah bapanya, yang penduduk kampung lebih kenali sebagai Pak Mat Miru. Kini Din bersama adiknya Rakhib, mempunyai dua gerai di laluan berbeza di pasar minggu tersebut. Adik beliau menjual pulut ayam, hmm.... boleh terliur kalau tengok beliau goreng....

Pasar ikan terletak di bahagian belakang. Kalau anda bernasib baik boleh mendengar pantun spontan dari Pak Ya Ikan, orang Kg Hutan Temin, Mata Ayer. Kalau datang awal ke sini, mungkin anda boleh bertemu dengan belangkas, siput 'mentarang' dan lain2 hidupan laut yang biasa menjadi hidangan orang Perlis dijual disini.



DIBAWAH, suasana pagi di pekan Mata Ayer, atau lebih dikenali pekan Pokok Petai oleh penduduk setempat.

Sebelah kiri ialah gerai pemborong sayur2an milik Sdr. Abd Malek Yusuf

Kedai menjual ikan segar dan gerai ayam arwah Pak Halid, kini diuruskan oleh anak beliau, Sdr. Hafiz dan adiknya.

Kedai bumbung biru, ialah kedai borong barangan runcit. Murahnya mengalahkan kedai borong di pekan Kangar.



Suasana pagi di Homestay, kelihatan tetamu, dari Perak DR, yang datang untuk satu majlis kenduri di Kangar.





Saturday, December 19, 2009

Selamat pengantin baru

Mata Ayer Homestay mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru En. Hakam dan Pn Onie. Kami rasa bertuah untuk menerima tetamu yang ramai dari sebelah pengantin perempuan yang datang dari Kuala Kangsar, Perak.

Kenduri yang berlangsung di rumah En. Hakam di Kubang Gajah pada 19 Disember 2009, sangat meriah. Detik2 sebelum kedua2 mempelai bertolak dari Mata Ayer Homestay ke rumah kenduri sempat dirakamkan.



Kami mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada keluarga pasangan pengantin ini kerana memilih Mata Ayer Homestay. Mereka adalah merupakan antara tetamu bertuah yang sempat dirakamkan dan dimuatkan di laman blog ini.

Monday, December 14, 2009

Homestay Mata Ayer (main office)

Kedudukan di tengah2 negeri Perlis. Petunjuk berwarna biru muda.

Location:
Mata Ayer is the centre of Perlis state, it is convenience to go anywhere from here.
CLOSE TO UiTM AND MATRICULATION CENTRE, ARAU AND POLITEKNIK PAUH

X factor for choosing here: Ever received a bus of visitors & the cheapest lodging in Perlis with those extra facilities



2 pintu masuk (yang kiri boleh terus ke tingkat atas), pintu sliding untuk tingkat bawah, jika ingin menyewa tingkat bawah atau tingkat atas secara berasingan. Terdapat dinding di dalam rumah yang memisahkan kedua2 tingkat tersebut.
Sewa tingkat atas - RM180.00 (neg,) semalam
Sewa tingkat bawah - RM120 (neg.) semalam
Sewa sebuah rumah - RM280 (neg.) semalam
Other accomodations:-
NOTES:- ALL AIRCONDITIONED BEDROOMS and LIVING ROOM, very spacious
Also available:
1. rice cooker
2. kettle
3. washing machine
4. ASTRO -HBO
Available with extra charge per request :-
hair dryer(RM5), extra 'toto'/ comforter (RM5 per piece), extra pillow (40 of them-FOC)
Ruang tamu tingkat bawah.
Ruang tamu berhawa dingin tingkat bawah.
Dapur, ada mesin basuh fully automatic, periuk nasi, cerek elektric, peti ais dan ampaian.

Ruang tamu tingkat atas, ada peti ais dan Astro.

BILIK YANG BOLEH DISEWA BERASINGAN:-

Bilik tingkat bawah RM120 dan bonus dapur dan ruang tamu yang luas.

Bilik 2 semalam RM70, 'queenbed' dan ruang luas.



Bilik 3 semalam RM60, ada katil extra, bilik air kongsi dengan bilik 2 melalui pintu berlainan.




Bilik 4 RM80 'master bedroom' ada bilik air sendiri. 1 set katil queen & 2 katil single.



AKTIVITI
Keistimewaan bermalam di sini, anda boleh memancing ikan puyu, keli dan haruan sawah. Pada musim memancing, ramai penduduk sekitar akan datang memancing di sekitarnya. Gambar suasana memancing (klik sini)



Taman mini di depan homestay.

KEMBALI

Friday, December 4, 2009

Homestay Sri Lanchang, Jejawi

Kedudukan Homestay Sri Lanchang dan Homestay Mata Ayer yang sangat dekat(boleh dihubungi melalui pintu belakang homestay sahaja) menyebabkan 2 homestay ini menjadi pilihan kepada rombongan yang ramai, terutamanya yang datang dengan bas.


Pintu depan, ada tanaman pokok mangga 'harum manis' di tanah sebelahnya.Taman mainan depan homestay, di belakangnya ialah homestay Mata Ayer.

Ruang tamu

Bilik 1, berhawa dingin

Bilik 2

Bilik 3 berhawa dingin

Dapur






Homestay 88 Tamn Hijrah, Kangar

Homestay Taman Hijrah berada di dalam bandar Kangar. Mudah untuk tetamu mendapatkan perkhidmatan Bank, restoran, 7-Eleven dan lain2 lagi. Rumah ini cantik dan mempunyai 2 buah bilik yang berhawa dingin. Ruang tamunya pun berhawa dingin.
Label maklumat homestay.
Pintu utama, boleh parking 2 buah keretaRuang tamu berkipas dan berhawa dingin
Ruang tamu

Bilik 1, berhawa dingin

Bilik 2, berhawa dingin

Bilik makan, peti sejuk yang besar



Dapur comel


Bilik air ada 2 buah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews