Tuesday, April 27, 2010

Musim Mempelam Harum Manis April - May (ARTIKEL ARKIB)

BUAH MEMPELAM HARUM MANIS SUDAH HABIS - DI POKOK DAN DI PASARAN

Fenomena mangga Harum Manis yang sangat terkenal di negeri Perlis bakal melanda. Pihak Homestayperlis.blogspot.com tidak ketinggalan dalam menerima tetamu yang ingin merasakan keenakan dan keharuman mempelam ini yang hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan.

Pada tahun ini jualan mangga harum manis melalui online ada disediakan. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Kepada tetamu homestay juga, anda boleh melawat ke kebun mangga Harum Manis. Pihak pengurusan Mata Ayer Agri akan usahakan lawatan dan membeli mempelam terus di kebun, insyaAllah


Buah mangga Harum Manis sulong yang ditanam oleh Tn Hj Mat Isa bin Saad dari kebun di Mata Ayer. Boleh tahan kemanisannya....
Lagi artikel tentang mangga harum manis:-
Tapi awas dengan yang ini:-


Saturday, April 10, 2010

Sate Pak Man Mata Ayer (Kg Hutan Temin)

Sate Pak Man adalah antara sate yang di gemari di Perlis. Pak Man atau nama sebenar, En. Misman bin Miskal yang berasal dari Johor, berkahwin dengan Pn Nor'in bt Man, Kg Hutan Temin, telah mengusahakan perniagaan sate sejak 15 tahun yang lalu. Resepi sate beliau berasal dari Johor.

Beliau juga mengusahakan sebuah gerai sate di pekan Pauh. Speciality gerai beliau adalah pada setiap hari ahad, beliau ada menyediakan sate perut. Gerai sate beliau mula beroperasi pada sebelah petang hingga ke malam... tetapi jangan lewat sangat, nanti tak sempat merasainya.

Bengkel mencucuk sate. Dibantu oleh ahli keluarga.

Beginilah cara sate dicucuk. Kalau tetamu nak merasai pengalaman membuat sate, boleh cuba di bengkel sate ini.

Sate2 yang sudah siap sebelum diikat berdasarkan bilangan tempahan.

Sate yang sudah siap sebelum dihantar untuk jualan di Pekan Pauh dan sebahagiannya kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan.


Untuk tetamu homestay, tuan/puan boleh minta dihantar tempahan sate ke homestay dengan menghubungi no dibawah:

Untuk lawatan/ tempahan dan jamuan,
Sila hubungi 019-5600819/ 017-2878271 (Najihah)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews