Monday, August 16, 2010

Zoo Mikro yang unik di SMK Syed Sirajuddin

Homestay Mata Ayer di Taman Sri Lanchang, berjiran dengan SMK Syed Sirajuddin. Sebagai panduan pengunjung ke Perlis, SMK Syed Sirajuddin merupakan salah satu dari "Landmark untuk sampai ke rangkaian homestay yang terletak di Taman Sri Lanchang. Mari kita berkenalan dengan sebuah sekolah yang hebat dan mempunyai nama bersempena Tuanku Raja Perlis kini.

Keunikan sekolah ini ialah, terdapat sebuah Zoo mikro yang dikelolakan oleh Cikgu Ghazali bersama beberapa orang anak murid beliau. Binatang yang terdapat di sini merupakan sumbangan daripada individu, termasuklah pelajar2 sekolah. Memang seronok melawat Zoo kecil ini, cantik dan unik bersertakan informasi.

Slab konkrit laluan di laman zoo mikro tersebut.

Burung merpati yang jinak sedang makan.


Dari sudut yang berbeza.

Sangkar2 kecil merupakan juga rumah bagi penghuni zoo mikro ini.
Arnab yang jinak. Disamping itu terdapat seekor Jebon atau Cerpelai di dalam sangkar sebelah sangkar arnab.

Antara pembantu Cikgu Ghazali yang bertugas memberi makan kepada binatang2 tersebut.

Dinding bangunan yang menempatkan sangkar burung, dilukis dengan mural


Kera Luku dari kategori Lemur pun ada.... tetapi hanya aktif pada waktu malam sahaja.

Pasar Ramadhan Mata Ayer yang popular...

Memang popular di negeri Perlis. Pasar Ramadhan Pekan Mata Ayer masih terus mengekalkan peniaga2 hebatnya. Inilah keunikan Pasar Ramadhan Mata Ayer. Walaupun sesudah hujan lebat, pengunjung terus membanjiri pasar ramadhan ini untuk mencari juadah berbuka.

Ramai pengunjung yang datang dari luar kawasan Mata Ayer yang berkunjung. Ketika membuat tinjauan, penulis sempat berselisih dengan sahabat dari Pekan Padang Besar dan Arau.

Berikut adalah gambar suasana di Pasar Ramadhan Mata Ayer dan ulasan kenapa ramai tertumpu ke sini.

Di persimpangan Pekan kecil Mata Ayer inilah, saban tahun sentiasa menjadi tumpuan pengunjung setiap kali Ramadhan.


Nun hujung sana terletak gerai air tebu Pak Leh, seingat saya Pak Leh berniaga air tebu di pekan Mata Ayer dah berpuluh tahun, kini beliau dibantu anak lelaki beliau yang belajar di sebuah sekolah pondok di Jitra. Air pun dah bermacam2. Tahniah Pak Leh, istiqamah dan fokus dalam sesuatu perniagaan. Susah nak cari orang melayu yang kekal dan tekal dalam satu2 perniagaan.

Gerai Abang Dee, menjual buah tembikai dan jus mangga di pintu masuk ke pasar Ramadhan. Sentiasa mencuri perhatian pengunjung dengan susun atur barangan jualan yang klasik, menjiwai watak orang melayu berniaga.



Gerai murtabak yang menjadi daya penarik ke Pasar Ramadhan Mata Ayer. Perniagaan yang berkembang pesat dengan pertambahan pembantu dari tahun ke setahun. Seingat penulis, dah berbelas tahun pakcik ni berniaga di sini setiap kali Ramadhan, dan tempat, dan suasana yang tak berubah... sentiasa mengekalkan originality...

Murtabak special Mata Ayer. Lihat, pembeli terpaksa beratur untuk mendapatkan murtabak. Peniaga berjaya mendisiplinkan pembeli. Tiada sebegini di pasar Ramadhan tempat lain. Lagi komen blogger tentang murtabak Mata Ayer



Air kelapa terus dari buah kelapa. Encik Midi boleh menjual sehingga 40 bungkus/ biji air kelapa muda sepetang. Semoga perniagaan terus maju...

Somtam Apple? boleh cuba dulu.... Saya pun tak pernah rasa...


Gerai nasi kandar Pokok Petai yang unik, dibuat daripada kayu (klik untuk lihat kedai unik mereka) menjadi daya penarik ke pasar ramadhan. Terletak di laluan masuk.

Ice-blended special


Gerai buah tembikai di pintu masuk. Merah dan mengiurkan pengunjung...
Laksa beras dari Kuala Perlis pun ada..

Menjelang seminggu sebelum ketibaan hari raya Aidilfitri, suasana pasar Ramadhan ini akan menjadi lebih sesak dengan anak2 perantauan..

Wednesday, August 11, 2010

PROMOSI RAMADHAN

SELAMAT MENJALANI IBADAT DI BULAN RAMADHAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.


SEMPENA RAMADHAN INI. 3 BUAH HOMESTAY MENAWARKAN DISKAUN HEBAT.
12 OGOS - 8 SEPTEMBER 2010 SAHAJA

MAH RM190(4 bilik, 5 aircond) semalam dari RM280

KTH B RM90 (3 bilik, 2 aircond) dari RM160 semalam
KTH A RM70 (2 bilik, 1 aircond) dari RM110 semalam
PROMOSI DARI 12 OGOS SEHINGGA 8 SEPTEMBER 2010 SAHAJA







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews