Gambar suasana di lokasi yang selalu dikunjungi pelancong di Kuala Perlis. Kawasan ini adalah laut suatu ketika dahulu. Kini ditambak untuk dibangunkan dengan pelbagai kemudahan jeti, medan selera, bazar, kedai dan hotel. Kuala Perlis sangat menarik untuk dikunjungi, terutamanya di waktu petang untuk bersantai sambil menikmati bayu laut.
Pengunjung boleh melepak sambil minum2 di medan selera yang banyak di sepanjang pantai. Jalan pesisir pantai juga menarik, terdapat beberapa gerai makan kecil2an di sepanjang jalan. Di lokasi medan selera, pengujung boleh menaiki kereta kuda yang disediakan.
Aktiviti malam lebih meriah, terdapat persembahan dari penyanyi di Kafe Hotel Brasmana. Pengunjung boleh menumpang lepak di padang berhadapan Hotel dan bersebelahan bazar untuk menikmati persembahan tersebut. Namun pengunjung harus sampai awal seawal selepas solat maghrib, di medan selera, terutamanya pada hujung minggu, kalau tidak, silap haribulan takde tempat dah... Di sekitar laluan pejalan kaki di tepi laut.
Laluan pejalan kaki di tepi laut, di belakang, restoran di tengah laut.
Suasana di menara peninjau
Laluan pejalan kaki di tepi laut, di belakang, restoran di tengah laut.
Suasana di menara peninjau
No comments:
Post a Comment