Saturday, December 10, 2011

Melancong ke Phuket melalui jalan darat...

On 4th of December 2011, with 3 cars, we crossed the international border at Padang Besar and drove for almost 10 hours up to the North until we reached Phuket in Thailand. We spent 5 days and 4 night hopping from one hotel to another. It's an interesting experience I can share with in here.  More notes on our journey and photos are to be disclosed in near future- check out this blog more frequent....
At one of beautiful view point to shoot picture. Fortunately we came across a session of picture shooting with a couple of Scandinavian models (I guess- based on their language).


Posing at Karon View Point which has become a spot to all tourists to record a beautiful scenery of Phuket Island and its archipelago.

We stay at Komaree Mansion, a budget but comfortable rooms which the owner claims to own the land rented by the management of Austrian Garden Resort...they are neihbours, but we couldn't efford to stay here. 

Panjee Island, Phuket, Thailand- inhibited by Muslims, we found only a woman who can speak malay, she married to a Panjee man, forgot to shoot picture of her.

Friday, December 2, 2011

Makanan eksotik di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis (Belangkas & Mentarang)

Sempena cuti sekolah Disember, rangkaian homestay/ rumah tetamu kami mendapat tempahan yang menggalakkan. Oleh itu kami ingin berkongsi keunikan bercuti di Perlis sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

Ni... lah hidangan eksotik di Kuala Perlis

Hidangan 'belangkas' bakar dengan air asam... terliurnya

Jangan tersilap, telur belangkas je yang dimakan... harganya tak lebih RM20 seekor, ikut saiz. Namun ia bergantung kepada musim

En. Firdaus b Yaacob, pengamal undang2 dari Seremban bersama sahabat lama beliau En. Johanis Rizal, pengamal ilmu pedagogi menjadi tetamu kami untuk posting kali ini.

Tuesday, November 22, 2011

Keunikan Hutan Monsun Tropika di Perlis di FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit

FRIM Mata Ayer boleh menjadi suatu sebab untuk datang ke Perlis. Apa yang pengunjung boleh buat di sini? FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit, menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan hampir 100 orang pada satu2 masa. Terdapat juga 2 buah rumah tetamu yang disediakan, berbentuk Kabin Log dan rumah kayu 5 bilik.

Pengunjung juga boleh membeli anak2 pokok (terutamanya pokok balak seperti Jati, Khaya, Meranti Perlis dll). Terdapat beberapa keunikan tentang pusat penyelidikan hutan ini. Antaranya ialah di sini terdapat pokok Jati yang tertua di Semenanjung Malaysia dan sejarah penanaman pokok Pine dari kepulauan Caribean. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawat laman web FRIM di sini, atau klik kat laman web terbaru kami http://home-stayperlis.blogspot.com/

Pintu masuk ke FRIM Mata Ayer, kaki Bukit, Perlis. Anda dapat lihat pokok jati yang tertua di semenanjung Malaysia, umurnya sekitar 58 tahun (2011)

Antara batch pertama pelajar sekolah yang mengadakan aktiviti perkhemahan di FRIM Mata Ayer ini.

Kemudahan bilik air dan pantri memasak disediakan di tapak perkhemahan yang baru dibuka November 2011

'Log Cabin' yang unik, membawa pengunjung merasai suasana alam. Dinding kabin dihiasi dengan kayu jati yang ditanam di sini. Harga semalam baru RM 90 je...

Keadaan bilik dalam guesthouse yang disediakan, harga hanya RM 60 sebilik, semuanya ada 5 bilik berhawa dingin.

Pokok Eucalyptus (kayu putih) menjadi keunikan di sini, tak sangka ya boleh hidup kat sini. Daun2nya yang kering dan gugur mengeluarkan bau minyak cap kapak...


Jambatan gantung untuk para pegawai penyelidik mengkaji pokok2 balak yang besar dan tinggi di sini. Pengunjung juga dibenarkan untuk menaikinya dengan kebenaran Pengarah FRIM Mata Ayer.

Cicak Tokek juga ada, sengaja dibiarkan berkeliaran di kawasan penyelidikan FRIM ini.

Pokok Pine yang dibawa masuk dari Honduras ini telah ditanam sejak 1974, kirakan umurnya.

Anak benih pokok ada dijual, ni anak benih pokok Khaya, sejenis Balak yang sesuai dibuat perabut, gambar pokok khaya yang berumur 10 tahun (cari di blog ini)

Plot pokok balak jenis Merawan Siput Jantan

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Perlis di talian 604-9456235 atau faks: 604-9456915.

Friday, November 11, 2011

Homestay di Kg Nelayan Kuala Perlis


2 pintu rumah semi-D di perumahan Kg Nelayan, Kuala Perlis

 Jalan masuk ke kawasan perumahan yang terletaknya no 76KN homestay, Kuala Perlis. Kedudukannya betul2 di depan kampus UNIMAP, Kuala Perlis. 

Bilik dilengkapi katil single.
Bangunan UNIMAP, Kuala Perlis
Dilengkapi dengan 2 buah bilik air
Bahagian dapur

2 buah unit yang boleh disewa sekali, sesuai untuk rombongan yang ramai.


Kemudahan yang disediakan;

3 bilik tidur (2 aircond)
2 buah bilik air
Unit TV LCD
Kettel elektrik

harga RM180 semalam
ruang parking kereta yang luas

Wednesday, November 2, 2011

Pasar Tempatan Malaysia- Thailand, Wang Kelian Perlis

Lagi artikel tentang Pasar Sabtu & Ahad di Wang Kelian, Klik
Pemandangan dari tapak pemerhati di atas bukit sebelum ke Pekan Wang Kelian.


Kelihatan Bukit Chabang dan Tasik Timah Tasoh di sebelah kanannya.









































































































































Monday, October 31, 2011

Tetamu dari Ipoh

Lagi gambar dan artikel, klik

Acara sukaneka yang diadakan di tengah2 laman rumah tamu KTHA pada waktu malam.


Aktiviti memancing ikan di sungai dan sawah kat belakang homestay KTH. Tetamu dapat merasai angin petang sambil menunggu umpan pancing mengena.

Bas tetamu diparkir di dalam kawasan rumah tetamu KTH

Permata Selat Melaka di Kuala Perlis

Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dibina di atas laut terletak sangat dekat dengan Jeti Feri Kuala Perlis- Pulau Langkawi. Pengunjung ke Langkawi melalui Kuala Perlis boleh berhenti beristirehat di sini sementara menunggu feri. artikel lanjut klik





Masjid terapung terindah di Selat Melaka berlatarkan Pulau Langkawi.

Monday, October 3, 2011

Jom pekena jelly nira nipah

Tarikan ke Kuala Sanglang, Perlis tidak boleh dilepaskan tanpa berkunjung ke Nira Nipah Kipli (blognya di sini). Bagi pengunjung yang ingin tahu bagaimana nira diperolehi dari pohon nipah, anda boleh pelajarinya di sini sambil merasai keenakan air nira nipah.

Perjalanan ke tempat ini dari Kuala Perlis, anda perlu tempuhi jalan persisir pantai Kuala Perlis, Sungai Baru dan akhir sekali Kuala Sanglang Perlis (selepas melintasi sungai di muara pekan Kuala Sanglang, anda akan memasuki Kuala Sanglang Kedah.

Dalam perjalanan dari Kuala Sungai baru, anda akan terjumpa signboard seperti di dalam gambar di bawah. Tetapi sebelum ke sini eloklah telefon En. Kipli 017-4306245 untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat nira atau tidak pada tarikh yang anda ingin kunjungi. Pengunjung juga boleh dapatkan cuka nipah, selain daripada air nira dan jelly nira nipah.

Selamat berkunjung ke Perlis dan rasai pengalaman berada di negari yang ter-utara dan ter-barat di Tanah Besar Semenanjung Malaysia.




Jelly nira nipah, sedap mengalahkan jelly air kelapa. 'Tak sempat sampai rumah, dah habis makan sekeluarga dalam kereta'

Signboard jalan

Signboard ke Ladang Nipah Kipli. Beliau mendapat bantuan daripada Jab. Pertanian dan juga MADA
Jalan masuk dihiasi dengan pepohon nipah yang dijaga rapi.



Bagi setiap rimbunan nipah, terdapat lopak air di tengahnya. Pengunjung, terutamanya kanak2 berpeluang memerhatikan ikan belacak yang cekap bermain lumpur dan ketam2 batu yang berlumba-lumba memasuki lubang persembunyian.


Antara pengunjung yang bersiar2 di celahan rimbunan pepohon nipah yang dijaga rapi dan cantik.


Terdapat pondok2 dan kerusi batu untuk pengunjung bersantai sambil menikmati kemanisan air nira nipah.



Turut disediakan surau yang merupakan sebuah pondok binaan tradisional.



Laman yang ditanami dengan pepohon rendang, antaranya pohon mangga dan pohon buah cermai.




Inilah buah nipah, dari tangkainya lah selepas dipotong, air nira ditadah.



Ayu, membantu keluarga di kiosk cantik menjual hasilan yang dikeluarkan oleh ayahnya, En. Kipli



Sebuah bengkel yang digunakan untuk mengumpulkan hasilan nipah. Dalam tong hitam itu nira nipah yang diperam untuk menghasilkan cuka nipah.


Shofiyah Raudhah tertarik dengan hiasan di kiosk.


Plastik berisi air nira yang keluar daripada tangkai buah nipah yang dipotong.



Denai laluan di dalam Ladang Nipah yang membuatkan si kecil tidak mahu pulang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...