Wednesday, August 31, 2011

Masjid Alwi, Kangar - Warisan Negeri

Masjid Alwi, Kangar adalah antara masjid tertua di negeri Perlis dan baru2 ini telah dibaik pulih dan ditambah dengan kemudahan hawa dingin. Terletak di tengah2 bandar Kangar, ia amat strategik dan mudah di cari oleh pengunjung ke Perlis yang datang dari arah highway PLUS Jitra/ Changlun yang keluar melalui Arau dan terus ke Kangar.

Masjid Alwi menjadi medan dakwah bagi tokoh2 agama negeri seperti SS Mufti dan pendakwah2 aliran Salaf. Masjid ini juga mesra Jemaah Tabligh, pengunjung boleh berinteraksi dengan jemaah tabligh di bahagian ruang masjid lama di sebelah pintu selatan masjid.

Masjid ini sangat meriah ketika kedatangan Ramadhan. Pengunjung boleh saksikan amalan sunnah dipraktikkan, iaitu tiada selawat antara solat trawikh (amalan seperti di tempat asal agama diturunkan iaitu Mekah dan Madinah), qiamulail dan iktikaf di akhir 10 hari bulan Ramadhan dengan dihadiri oleh jemaah dan alim ulama.

Jika pengunjung tercari2 amalan yang dikatakan berlawanan dengan amalan di masjid negeri2 lain di Semenanjung Malaysia, datang dan solat lah di sini, anda akan dapati, tiadanya bacaan doa secara beramai2, tiadanya doa qunut subuh (kecuali doa qunut nazilah), tiadanya 'majlis tahlil arwah' dll.

Jika anda mencari sebuah masjid lama dan hendak merasai suasana ketenangan beribadah di dalamnya, anda boleh cuba di sini dan anda boleh rasakannya sendiri.

Satu lagi perbezaan masjid di Perlis berbanding di Kedah ialah, tiadanya kolah/ takungan air untuk berwuduk. Air wuduk semuanya dari paip pili.




Selamat Berkunjung dan Beribadah di Perlis





Pandangan Masjid Alwi ketika Ramadhan, disediakan khemah untuk menampung jemaah yang ramai.





Tugu pengenalan






Sedikit maklumat tentang sejarah pembinaan masjid

Saturday, August 27, 2011

Iftar Ramadhan di MAH

17 Ogos 2011, Mata Ayer Homestay menganjurkan majlis berbuka puasa. Berikut gambar2 suasana majlis tersebut.




Antara tetamu yang hadir




Menunggu azan maghrib sebelum berbuka










Tuesday, August 2, 2011

Bercuti hujung minggu di Perlis

29 Julai 2011 yang lalu, Tn Hj Amran bin Ariffin dan isteri, Pn Fazilah serta 3 orang anak2 mereka yang comel2 menjadi tetamu di Mata Ayer Homestay. Seorang 'Real Estate Agent' yang berjaya di Shah Alam beliau membuat tempahan homestay 2 minggu awal.

Laman web beliau boleh diakses di http://greenbay-realty.blogspot.com/

Berikut adalah aktiviti yang beliau sekeluarga buat di Perlis.




ketibaan di MAH, bertolak dari Shah Alam dalam jam 8:30 pagi, jam 1 petang dah sampai dan sempat solat Jumaat di Masjid Alwi, Kangar.




Lepas solat, menjamu selera di Anjung Keli, Behor Pulai.





Sesi memilih lauk, yang 'special' di sini ialah masakan ikan keli- keli goreng, keli bakar dan ulam2man beserta sambal belacan.

Aktiviti malam, tentulah di Kuala Perlis. Kanak2 boleh menaiki kereta kuda dengan bayaran RM3 seorang (kadar semasa).

Menunggu ikan bakar di deretan kedai ikan bakar di sepanjang pantai di Kuala Perlis.

Keesokan paginya, bersarapan di kedai Nasi Kandar Pokok Petai, sambil anak2 beliau berseronok menaiki buaian dan meja kerusi yang boleh dibuai di restoran unik ini di Pekan Mata Ayer. Memang mengkagumkan beliau dan keluarga.



Sementara itu, Pn Fazilah teragak2 untuk masuk ke restoran, kerana beliau sangka ia sebuah kedai perabot.





Sarapan pagi yang ada disini;- Nasi Kandar dan roti canai- diusahakan oleh En Masri, anak melayu jati Mata Ayer.
Selepas itu, ke Taman Anggur Perlis di Sungai Batu Pahat. Beli tiket dan berkenalan dengan Cik Nana, pegawai Jabatan Pertanian Perlis.


Kebetulan ketika mereka tiba, Taman Anggur ini sedang mengeluarkan anggur jenis 'Black Opal-seedless '. Memang bertuah, mereka dapat rasa buah anggur yang sedap ini, walaupun buahnya agak kecil tetapi manis. Tn Haji Amran dengan 3 bungkusan anggur seberat 600gm setiap satu- hai cukup ke?

Anak pokok anggur pun ada dijual-RM15 je, nak belajar tanam, boleh tanya pegawai yang bertugas.


Berpeluang melihat buah anggur yang sudah dua bulan berbuah.



Aimi Zulaikha dan Ahmed Hussein berposing dibawah teduhan yang menempatkan pokok2 anggur yang mulai berbunga dan berputik.



Pn Fazilah tidak melepaskan peluang untuk memegang dan merasai buah anggur jenis blackcurrant.



Tidak ketinggalan, Gua Kelam. destinasi unik di Perlis, titi gantung dalam gua yang baru dibuka selepas banjir besar melanda Perlis pada November 2010 dan Mac 2011.



Kanak2 lah yang paling seronok, berendam dan bermain air selepas penat berjalan2 di dalam gua. Airnya sejuk dan jernih...





Banyak lagi tempat2 yang boleh dikunjungi di Perlis.





Selamat datang ke Perlis


dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...