Saturday, September 17, 2011

TAMAN NEGERI PERLIS di Wang Kelian

Sebuah tempat yang cantik dan unik tetapi kurang dikenali ramai untuk dilawati di Negeri Perlis ialah di Taman Negeri Perlis yang terletak di Wang Kelian (pekan sempadan antarabangsa ke-2 ke Satun, Thailand).
Terdapat beberapa buah chalet yang dibina di dalam hutan sub-tropika ini (bukan hutan hujan khatulistiwa).
Kemudahan yang tersedia di sini antaranya Kafe (katerer yang pandai masak), hostel, surau dan tapak perkhemahan dan laluan gua batu kapur yang unik dan panjang.
Taman ini diuruskan oleh En. Aziz (pegawai Jabatan Hutan Negeri Perlis). Pengunjung yang hendak ke sini perlu terlebih dahulu menghubungi
Jabatan Hutan atau terus
kepada En. Aziz di 012-4307139.




Apa yang unik tentang tempat ini, daripada pengalaman penulis sendiri, tiada nyamuk walaupun berada jauh dalam hutan, keadaan yang sunyi dan mendamaikan, sejuk dan redup (ini yang pelik, kalau keluar dari kawasan ini ke Pekan Wang Kelian- huih... panas!!).




Berikut adalah gambar2 di Taman Negeri, namun tiada gambar gua Wang Burma yang unik tersebut (boleh dapatkan di laman web berkaitan)













Kalau layan tidur di chalet yang tak ber 'aircond' waktu pagi, silap2 boleh lajak sampai jam 12 tengah hari. Memang sejuk dan redup walaupun kat luar sana dah panas terik.













Tugu maklumat.
























Jalan masuk jauh ke dalam, licin dan berlumut. Pengunjung perlu masuk hampir 1 km jauh ke dalam hutan sebelum menemui tapak perkhemahan, chalet, kafe dll.




























Antara chalet deluxe yang disediakan, membelakangi sungai kecil.










Kerap kali menjadi tempat program perkhemahan/ motivasi pelajar



















Bentuk chalet seperti rumah tradisional Melayu

















Chalet dalam kelas yang tersendiri, yang ni berharga RM60 je semalam.

















Kemudahan yang disediakan dalam chalet (tiada aircond)














Papan tanda arah, boleh nampak arah ke gua Wang Burma. Pengunjung boleh rasai pengalaman unik ekplorasi gua yang dipandu arah oleh pegawai Jabatan Hutan Negeri Perlis, tetapi berbayar...






Papan peta dan maklumat.










Pandangan dari kafe ke Hostel.























Kafe yang boleh dijadikan tempat untuk beraktiviti.







Pemandangan belakang chalet di salah satu daripada 3 buah Chalet RM80 semalam. Sungai kecil mengalir perlahan-lahan, tetapi awas! pacat...




Pemandangan dari pejabat pengurusan dan chalet penginapan di bahagian depan atau tepi jalan besar. Jalan masuk ke chalet, tapak khemah dan aktiviti penjelajahan Gua Wang Burma, arah ke kanan dan masuk ke dalam lagi, lebih kurang 1 km, jalan mini tar.




Denai Putera Denmark di tepi jalan masuk ke kawasan Kafe, Chalet dan tapak perkhemahan.





Friday, September 16, 2011

38SW guest-house- Taman Sri Wang Arau

38SW guest-house merupakan inventori terbaru dalam rangkaian http://homestayperlis.blogspot.com/. Unit ini telah memulakan operasinya pada 16 September 2011 dengan menerima tetamu untuk majlis Konvokesyen UNIMAP. Kemudahan yang disediakan disini ialah:


3 bilik (1 bilik berhawa dingin)

1 bilik air dan 1 tandas

Set TV

Peti Sejuk

Jag pemanas air

Set meja makan

Sofa L-Shape

Pinggan/mangkuk/sudu dan gelas
Mesin Basuh


Kemudahan berdekatan:-


Pasaraya Taman Sri Wang,

Gerai makanan dan minuman,

Pusat Internet

ATM Maybank dan Bank Islam (dalam UiTM, Arau)



Tempat2 penting:


Pusat Matrikulasi Arau

UiTM Arau

Sekolah Teknik/ Vokasional

UNIMAP

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh

Kolej Komuniti Arau

Pusat beli-belah C-Mart

7-Eleven dan U-Station


Alamat:-

No 38, Lorong 30,

Taman Sri Wang Fasa 2, Arau


Harga yang ditawarkan bermula dari RM60-Rm160

Keistimewaannya- boleh sewa 3 buah homestay berdekatan, Rais Homestay & Ainur Homestay



Pandangan hadapan ketika dalam proses ubah suai.



Ruang makan

Bilik Utama berhawa dingin


Bilik single, tetapi masih ada ruang unutk 3 tetamu lagi jika tidur diatas lantai.


Konsep 'sub-English' menghiasi ruang tamunya.



Pandangan dari dapur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...