Tuesday, November 22, 2011

Keunikan Hutan Monsun Tropika di Perlis di FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit

FRIM Mata Ayer boleh menjadi suatu sebab untuk datang ke Perlis. Apa yang pengunjung boleh buat di sini? FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit, menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan hampir 100 orang pada satu2 masa. Terdapat juga 2 buah rumah tetamu yang disediakan, berbentuk Kabin Log dan rumah kayu 5 bilik.

Pengunjung juga boleh membeli anak2 pokok (terutamanya pokok balak seperti Jati, Khaya, Meranti Perlis dll). Terdapat beberapa keunikan tentang pusat penyelidikan hutan ini. Antaranya ialah di sini terdapat pokok Jati yang tertua di Semenanjung Malaysia dan sejarah penanaman pokok Pine dari kepulauan Caribean. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawat laman web FRIM di sini, atau klik kat laman web terbaru kami http://home-stayperlis.blogspot.com/

Pintu masuk ke FRIM Mata Ayer, kaki Bukit, Perlis. Anda dapat lihat pokok jati yang tertua di semenanjung Malaysia, umurnya sekitar 58 tahun (2011)

Antara batch pertama pelajar sekolah yang mengadakan aktiviti perkhemahan di FRIM Mata Ayer ini.

Kemudahan bilik air dan pantri memasak disediakan di tapak perkhemahan yang baru dibuka November 2011

'Log Cabin' yang unik, membawa pengunjung merasai suasana alam. Dinding kabin dihiasi dengan kayu jati yang ditanam di sini. Harga semalam baru RM 90 je...

Keadaan bilik dalam guesthouse yang disediakan, harga hanya RM 60 sebilik, semuanya ada 5 bilik berhawa dingin.

Pokok Eucalyptus (kayu putih) menjadi keunikan di sini, tak sangka ya boleh hidup kat sini. Daun2nya yang kering dan gugur mengeluarkan bau minyak cap kapak...


Jambatan gantung untuk para pegawai penyelidik mengkaji pokok2 balak yang besar dan tinggi di sini. Pengunjung juga dibenarkan untuk menaikinya dengan kebenaran Pengarah FRIM Mata Ayer.

Cicak Tokek juga ada, sengaja dibiarkan berkeliaran di kawasan penyelidikan FRIM ini.

Pokok Pine yang dibawa masuk dari Honduras ini telah ditanam sejak 1974, kirakan umurnya.

Anak benih pokok ada dijual, ni anak benih pokok Khaya, sejenis Balak yang sesuai dibuat perabut, gambar pokok khaya yang berumur 10 tahun (cari di blog ini)

Plot pokok balak jenis Merawan Siput Jantan

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Perlis di talian 604-9456235 atau faks: 604-9456915.

Friday, November 11, 2011

Homestay di Kg Nelayan Kuala Perlis


2 pintu rumah semi-D di perumahan Kg Nelayan, Kuala Perlis

 Jalan masuk ke kawasan perumahan yang terletaknya no 76KN homestay, Kuala Perlis. Kedudukannya betul2 di depan kampus UNIMAP, Kuala Perlis. 

Bilik dilengkapi katil single.
Bangunan UNIMAP, Kuala Perlis
Dilengkapi dengan 2 buah bilik air
Bahagian dapur

2 buah unit yang boleh disewa sekali, sesuai untuk rombongan yang ramai.


Kemudahan yang disediakan;

3 bilik tidur (2 aircond)
2 buah bilik air
Unit TV LCD
Kettel elektrik

harga RM180 semalam
ruang parking kereta yang luas

Wednesday, November 2, 2011

Pasar Tempatan Malaysia- Thailand, Wang Kelian Perlis

Lagi artikel tentang Pasar Sabtu & Ahad di Wang Kelian, Klik
Pemandangan dari tapak pemerhati di atas bukit sebelum ke Pekan Wang Kelian.


Kelihatan Bukit Chabang dan Tasik Timah Tasoh di sebelah kanannya.









































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...