Saturday, September 29, 2012

D'solo Chalet, Mata Ayer, Perlis


Chalet D'solo telah beroperasi bermula pada 28 September 2012 yang lalu, dengan 'guest' pertamanya, En Shamsul dari Kuala Lumpur dan En. Firdaus dari Brunei Darus Salam.

Kemudahan yang disediakan ialah:-
1 bilik berhawa dingin
1 bilik air

Kemudahan lain:-
Cerek elektrik
LCD TV
Parking yang luas

Aktiviti yang boleh di buat di sini:- Memerhati kuda meragut, memberi makan kuda & jika bernasib baik- boleh menungang kuda.

Harga ditawarkan ialah RM130 semalam.

Lagi maklumat tentang Chalet ini- sila klik disini

Tetamu pertama Chalet, kelihatan En. Azmi (berbaju biru dan Blogger Cg Asri (kanan)

Bagi yang inginkan pemandangan sawah apabila bangun tidur. Kehadiran anda di sini dapat melihat aktiviti penanaman padi di bendang yang terletak betul2 di depan chalet ini.


Dari beranda ini, tetamu boleh memerhatikan kuda meragut.

Biliknya yang luas, dilengkapi dengan set sofa.

Beranda yang luas dan unit- kelihatan Blogger Pn. Siti sedang diberi taklimat oleh En Azmi


Katil twin dan seunit lagi, disediakan dengan 2 katil single




Bilik air yang bersih dan cantik
Kuda2 jinak yang akan meragut di sekitar pagar chalet

Monday, September 24, 2012

Homestay D'Ngulang, Mata Ayer


Homestay D'Ngulang ialah sebuah banglo yang terletak ditepi jalan dan bersebelahan bengkel mencanting batik di Kg Perawah, Mata Ayer.

Homestay ini terdiri daripada 3 bilik dengan sebuah bilik berhawa dingin.Keunikan homestay ini ialah, pemiliknya adalah seorang yang mahir dalam hiasan laman. Ini boleh dilihat di laman homestay ini yang dibina dengan sentuhan profesional.

Harga yang ditawarkan ialah RM200 semalam dengan kelebihan kawasan parking yang luas dan mudah dicari.

Panduian ke sini dari Bandar Arau- ambil jalan dari Arau ke Kangar, selepas anda melewati SMK Syed Sirajuddin, anda akan bertemu dengan 2 persimpangan lampu trafik, belok ke kiri selepas persimpanagan trafik ke-2 tersebut ke Jejawi dalam. Selepas lebih kurang 3 km dan melepasi chalet D'Solo, anda akan bertemu dengan simpang 4 Ngulang, selepas kira2 100 meter dari simpat empat Ngulang, akan kelihatan Homestay D'Ngulang di sebelah kiri.


Kedudukan betul-betul di tepi jalan Jejawi- Perawah



Porch homestay dan taman mini yang cantik




Bahagian ruang makan dan kabinet dapur


Sebuah gazebo untuk menikmati susana ketenangan di kampung juga disediakan

Ruang tamu yang sangat luas dan sofa.

Bilik yang bagaikan bilik pengantin.

Bilik dengan katil single juga disediakan



Bengkel mencanting batik kelihatan dari homestay

Pintu sliding di sebelah kiri homestay dan sebuah set meja batu disediakan.

Set meja batu yang 'cute'


Tuesday, September 11, 2012

Chalet D'Solo, Mata Ayer, yang patut dicuba.



Chalet D'Solo diusahakan oleh En. Azmi bin Jamil di Mata Ayer. Chalet ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Majlis Konvokesyen UNIMAP untuk menerima tetamu pertamanya iaitu pada 25 September 2012. Mengambil nama sempena bandar kelahiran Isteri beliau, Surakarta atau kini lebih dikenali sebagai Solo di Jawa Tengah, Indonesia. En Azmi seorang yang suka mengembara ke seluruh dunia. Pengalaman beliau yang luas cuba diterjemahkan dalam binaan chalet beliau.

Chalet ini dibina di kawasan 'stable' untuk 3 ekor kuda peliharaan beliau. Pengunjung boleh menikmati suasana sawah padi di sekilingnya yang berlatarkan Banjaran Nakawan yang memisahkan Perlis dan Thailand. Rumah beliau juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'.

Untuk September dan Oktober 2012 ini, tuan rumah menawarkan harga promosi pada RM99 sahaja- untuk konvokesyen UNIMAP 2012- 2 unit chalet ini masih kosong pada tarikh 26-28 September ini.

Harga yang ditawarkan ialah RM120 semalam. Terdapat 2 unit chalet yang dibina buat masa sekarang dan En. Azmi mempunyai banyak lagi rancangan pada masa depan untuk membina lebih banyak lagi kemudahan kepada tetamu. 
Kedudukan Chalet D'Solo daripada jalan besar - Jejawi- Dato Kayaman (Chalet sebelah kiri gambar)
Laluan masuk ke Chalet- rumah tuan rumah yang berbumbug kelabu


'Horse Shed' dan 'Horse Stable' kat belakang chalet tersebut


Bilik yang luas

Bahagian depan Chalet Solo

Penggunaan lampu kuning membuatkan Chalet Solo ini kelihatan seperti sebuah permata di tengah sawah jika dilihat daripada jalan besar.

Sunday, September 9, 2012

Homestay Padang Ringan, Padang Siding, Arau

Homestay Padang Ringan semi-D harga RM 130.00 semalam untuk 3 buah bilik berkipas dan 2 bilik air. Dilengkapi dengan mesin basuh, TV dan dapur gas. Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Lokasi di Pauh, 4 km dari bandar Arau dan 1 km dari highway Changlun ke Kuala Perlis.

Sofa dan set TV



Mesin basuh disediakan

Dapur gas dan periuk nasi
Bilik air



Pintu depan homestay
Dapur yang dilengkapi sinki dan kettel

Bilik dilengkapi katil single.



Meja makan



Jalan masuk dari jalan besar Pekan Pauh ke Mata Ayer.





Galeri laman di KTH Guesthouses




Kolam renang mini di kelilingi rumput karpet
Buah Roselle yang mula berkembang
 

Tangga masuk ke kolam dihiasi dengan pohon hiasan berwarna merah di kiri dan kanannya.
Pokok kaduk dijadikan pohon pagar.

Teh Misai Kucing sudah mula berbunga- juga dijadikan tumbuhan hiasan di tepi longkang.




Pohonan Konifer Krismas membangkitkan suasana sekitarnya.

Pokok Balung Ayam yang tumbuh daripada biji2 daripada tumbuhan induk yang telah lama mati di sudut ini.


Buah kedondong yang sentiasa berbuah, insyaAllah, tetamu bebas untuk memakannya- tetapi jangan dibazirkan.



Deretan pohonan Ros dari pelbagai warna dan spesis
Tumbuhan yang boleh dibuat ulam ditanam di sekeliling pohon konifer Krismas di dalam pasu. Baunya seperti ketumbar yang dibuat tomyam- orang Vietnam memasukkan daunnya ke dalam sup ketika menikmati makanan kegemaran mereka- 'Pho' Klik
Ni lah Pho- boleh makan Pho di Saigon, Vietnam. Tetapi carilah di restoran Muslim. (gambar copy dari http://toastedspecial.wordpress.com/tag/pho/)

KekWa atau Chrysenthemum merah kerdil yang banyak berbunga disulami dengan spesis berwarna Ungu.



Pagar putih untuk melindungi berbagai jenis Chrysenthemum daripada patah ditiup angin.


Kemunting Cina yang berbagai jenis warna

Tiang signboard daripada kayu nangka- dihiasi dengan pokok lili dan lain2, di taman mini di bawah pohon durian

Wednesday, September 5, 2012

KONVOKESYEN UUM KE-25

Selamat berkonvokesyen kepada graduan UUM pada awal Oktober ini. Ramai yang menginap di Perlis (terutamanya Arau & Mata Ayer) kerana jaraknya yang agak berdekatan dan masa perjalanan pun lebih kurang 35-45 minit sahaja melalui lebuh raya Kuala Perlis-Arau-Changlun-UUM Sintok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...