Monday, January 25, 2010

Tetamu terhormat program 'Nadwah seruan Islam'

Homestay Mata Ayer terlibat dalam sebuah program anjuran NGO ABIM, JIM dan IIK. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada penganjur, ABIM, JIM, Ins. Ibnu Kathir kerana memilih Homestay Mata Ayer bagi penginapan penceramah/ pendakwah untuk program 'Nadwah Seruan Islam' yang berlangsung di Dewan Jaips, Kangar, Perlis.


Bergambar di depan dewan Jaips bersama setiausaha ABIM Perlis, saudara Zamri bin Mat Alim.

Lim Jooi Soon memang tidak asing di kalangan penggiat2 dakwah. Beliau merupakan bekas penganut Kristian Protestan dan kini bergiat aktif dalam Macma, Melaka (Persatuan Cina Muslim).



Kehadiran beliau bersama Isteri, Dr Tuti (pengamal perubatan yang sedang melanjutkan pengajian Phd di HUKM) sangat dialu-alukan di Homestay/ Guesthouse ini.
Dalam program yang telah dijalankan pada 25 Disember 2009 tersebut, saudara Lim Jooi Soon, atau beliau lebih suka dikenali sebagai Bro. Lim, telah membentangkan dua kertas kerja yang banyak melibatkan perbandingan antara Kristian dan Islam. Pemikiran beliau yang agak kritis, banyak memberikan gambaran baru yang lebih segar dan kreatif dalam penyampaian dakwah kepada Non-muslim. Sebelum itu program dirasmikan oleh Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis. Klik sini untuk berita lanjut





Terdahulu, beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah di pusat Matrikulasi Arau pada malam 24 Disember 2009. Di sana, beliau telah diajukan dengan pelbagai soalan oleh pelajar2 Matrikulasi. Pelajar2 matrikulasi sangat teruja dengan cara penyampaian beliau dan mereka juga dapat melihat Islam dari sudut yang lain. Seusainya program ceramah, pelajar2 tersebut masih lagi mengekori penceramah dan bertanyakan pelbagai soalan, sehinggalah kepada soalan 'apakah bangsa isteri penceramah?'





Operator Mata Ayer Homestay sangat berterima kasih dan berharap dapat menerima tetamu seperti Bro. Lim Jooi Soon lagi di masa depan.

3 comments:

  1. AMS FAMILY HOMESTAY JASIN MELAKA, HANYA RM70 UTK SATU RUMAH SEMALAM (2 Room, 2 Toilet),PENGINAPAN BERPATUTAN & SELESA http://jasinhomestay.blogspot.com 0123736548

    Harap dapat bertukar-tukar link. TQ

    ReplyDelete
  2. Salam Puan.

    Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya, Perlis adalah tempat tinggal sanak saudara saya, Kangar khasnya Kg.Guru, Kuala Perlis khasnya Seberang Ramai, bukanlah tempat yang asing bagi saya.
    Semoga perniagaan anda maju jaya, amain.

    ReplyDelete
  3. Waalaikum salam,
    Terima kasih kerana sudi berkunjung balas...

    Terima kasih juga di atas doa tuan, semoga Allah makbulkan doa tuan itu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...