Saturday, April 10, 2010

Sate Pak Man Mata Ayer (Kg Hutan Temin)

Sate Pak Man adalah antara sate yang di gemari di Perlis. Pak Man atau nama sebenar, En. Misman bin Miskal yang berasal dari Johor, berkahwin dengan Pn Nor'in bt Man, Kg Hutan Temin, telah mengusahakan perniagaan sate sejak 15 tahun yang lalu. Resepi sate beliau berasal dari Johor.

Beliau juga mengusahakan sebuah gerai sate di pekan Pauh. Speciality gerai beliau adalah pada setiap hari ahad, beliau ada menyediakan sate perut. Gerai sate beliau mula beroperasi pada sebelah petang hingga ke malam... tetapi jangan lewat sangat, nanti tak sempat merasainya.

Bengkel mencucuk sate. Dibantu oleh ahli keluarga.

Beginilah cara sate dicucuk. Kalau tetamu nak merasai pengalaman membuat sate, boleh cuba di bengkel sate ini.

Sate2 yang sudah siap sebelum diikat berdasarkan bilangan tempahan.

Sate yang sudah siap sebelum dihantar untuk jualan di Pekan Pauh dan sebahagiannya kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan.


Untuk tetamu homestay, tuan/puan boleh minta dihantar tempahan sate ke homestay dengan menghubungi no dibawah:

Untuk lawatan/ tempahan dan jamuan,
Sila hubungi 019-5600819/ 017-2878271 (Najihah)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews