Sunday, March 7, 2010

Homestayperlis.blogspot.com menaja pasukan bolasepak

Pasukan Bolasepak SMK Raja Puan Muda Tg Fauziah menerima tajaan jersi dan t-shirt daripada homestayperlis.blogspot.com. Ini adalah sebahagian kempen terbaru oleh pihak pengurusan disamping melaksanakan tanggungjawab sosial. Berikut adalah gambar2 pasukan tersebut:-
Seorang pemain menggayakan jersi baru pasukan mereka.
Label homestayperlis.blogspot.com dibawa oleh pasukan ini.

Jurulatih dan pengurus pasukan memberikan arahan kepada pemain.


T-shirt Pengurus pasukan juga memaparkan laman blog




Sunday, February 7, 2010

Rombongan Sekolah Men Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang

Pada 4 Febuari 2010 yang lepas, Mata Ayer Homestay dan Sri Lanchang Homestay yang berdekatan menerima rombongan sebuah bas dari Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Khairul dan dua orang guru yang lain. Rombongan tiba di Homestay pada lewat petang untuk menghadiri satu acara di Politeknik Pauh pada keesokan harinya.


Monday, January 25, 2010

Tetamu terhormat program 'Nadwah seruan Islam'

Homestay Mata Ayer terlibat dalam sebuah program anjuran NGO ABIM, JIM dan IIK. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada penganjur, ABIM, JIM, Ins. Ibnu Kathir kerana memilih Homestay Mata Ayer bagi penginapan penceramah/ pendakwah untuk program 'Nadwah Seruan Islam' yang berlangsung di Dewan Jaips, Kangar, Perlis.


Bergambar di depan dewan Jaips bersama setiausaha ABIM Perlis, saudara Zamri bin Mat Alim.

Lim Jooi Soon memang tidak asing di kalangan penggiat2 dakwah. Beliau merupakan bekas penganut Kristian Protestan dan kini bergiat aktif dalam Macma, Melaka (Persatuan Cina Muslim).



Kehadiran beliau bersama Isteri, Dr Tuti (pengamal perubatan yang sedang melanjutkan pengajian Phd di HUKM) sangat dialu-alukan di Homestay/ Guesthouse ini.
Dalam program yang telah dijalankan pada 25 Disember 2009 tersebut, saudara Lim Jooi Soon, atau beliau lebih suka dikenali sebagai Bro. Lim, telah membentangkan dua kertas kerja yang banyak melibatkan perbandingan antara Kristian dan Islam. Pemikiran beliau yang agak kritis, banyak memberikan gambaran baru yang lebih segar dan kreatif dalam penyampaian dakwah kepada Non-muslim. Sebelum itu program dirasmikan oleh Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis. Klik sini untuk berita lanjut





Terdahulu, beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah di pusat Matrikulasi Arau pada malam 24 Disember 2009. Di sana, beliau telah diajukan dengan pelbagai soalan oleh pelajar2 Matrikulasi. Pelajar2 matrikulasi sangat teruja dengan cara penyampaian beliau dan mereka juga dapat melihat Islam dari sudut yang lain. Seusainya program ceramah, pelajar2 tersebut masih lagi mengekori penceramah dan bertanyakan pelbagai soalan, sehinggalah kepada soalan 'apakah bangsa isteri penceramah?'





Operator Mata Ayer Homestay sangat berterima kasih dan berharap dapat menerima tetamu seperti Bro. Lim Jooi Soon lagi di masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews